Halimah dan dua lagi hantar borang calon presiden Singapura

Halimah dan dua lagi hantar borang calon presiden Singapura

Selepas memperkenalkan anggota pasukan dan slogan kempennya dalam sidang media, Halimah Yacob menghantar borang permohonan bagi pilihan raya presiden republik Singapura di pejabat Jabatan Pilihan Raya (ELD) semalam.

Bagaimanapun, Halimah bukanlah calon tunggal yang menyerahkan borang pencalonan. Dua individu lain yang telah menyerahan borang pencalonan ialah pengerusi Bourbon Offshore Asia Pacific, Farid Khan, 62, dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Second Chance Properties, Mohamed Salleh Marican, 67.

{loadposition myposition}

Sejak melahirkan hasrat bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Dipilih (EP), Halimah yang juga mantan speaker parlimen Singapura menjadi calon ‘favourite’ dan menerima sokongan kuat daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Antara yang tampil menyokong beliau ialah pengerusi Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Teo Siong Seng, yang telah bersetuju menyokong dan menjadi pencadang beliau.