Halimey calon PKR di PRK Dun Seri Setia

Halimey calon PKR di PRK Dun Seri Setia

Halimey Abu Bakar, 46, dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan dari PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Desa Mentari, Petaling Jaya malam ini.

Halimey calon anak tempatan dijangka bakal  berhadapan dengan pencabarnya dari Pas Dr Halimah Ali yang diumumkan semalam.

Kerusi Dun Seri Setia kosong susulan penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin yang meninggal dunia pada 2 Ogos lalu di Hospital Putrajaya akibat penyakit kanser usus.

Halimey ketika ditemui media selepas menerima watikah sebagai calon berjanji akan memikul tanggungjawab bagi mengekalkan kemenangan yang pernah diraih PKR pada PRU14 lalu.

“Saya akan teruskan tradisi (3 penggal) PKR untuk terus membaiki kawasan Dun Seri Setia.

“Hasrat saya nanti untuk memperbaiki kawasan penduduk di Lembah Subang yang mana banyak terdapat projek perumahan rakyat di situ,” ujarnya.

Malam ini juga PKR turut melancarkan Sistem Spera – sistem Pengurusan Pilihan Raya Dun Seri Setia dan Dun Balakong  bertujuan untuk semakan daftar pemilih yang dilancar oleh Menteri Besar Selangor Amiruddin Saari.

Selain itu turut diumumkan buat kali pertama penggunaan logo Pakatan Harapan yang akan dikenali sebagai ‘Harapan’ sebagai simbol kepada calon PRK di Dun Seri Setia dan Balakong pada hari pembuangan undi 8 September depan.

Umno – Pas akad nikah

Turut hadir Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad bekas wakil rakyat Dun Seri Setia dua penggal pada 2008 dan 2013.

Beliau dalam ucapannya mahu 54,492 orang pengundi Dun Seri Setia mengunakan peluang untuk PRK kali ini keluar mengundi bagi mengekalkan momentum kemenangan Pakatan Harapan di Dun Seri Setia selama tiga penggal.

“Bagi saya sangat penting PRK kali ini diteruskan momentum rakyat bersama Pakatan Harapan.

“Jika dalam PRU14, Umno-Pas sorok-sorok bercinta dan sekarang sudah akad nikah.

“Jadi jika serius untuk lihat perubahan kita akan tetap bersama dalam Pakatan Harapan.

“Semua pengundi Seri Setia akan turun hantar mesej rakyat tetap mahukan pembaharuan,” ujarnya yang mahu pengundi mengekalkan Dun Setia bersandarkan rekod baik pentadbiran PKR di Selangor sejak dua penggal perintah negeri ini.

Nik Nazmi Nik Ahmad

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), penyandang Allahyarham  Shaharuddin menang besar selepas memperoleh 29,250 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Yusoff M. Haniff (9,878 undi), calon Pas, Mohd. Ghazali Daud (4,563 undi) dan calon Bebas, S. Vigneswaran (217 undi).

BN sebelum ini memutuskan untuk memberi laluan kepada Pas bertanding di Seri Setia sebagai membalas kesediaan Pas yang terlebih dahulu berbuat tindakan serupa di Dun Sungai Kandis.

Turut kelihatan  hadir Adun Sungai Kandis Ustaz Zawawi Mohd Muhgni dan  Adun Petaling Jaya Maria Chin Abdullah, Dr Xavier Jayakumar dan beberapa pimpinan utama dari DAP, Bersatu dan  AMANAH.

Biodata Halimey Abu Bakar

Dilahirkan di Hospital Universiti Petaling Jaya. Dibesarkan di Kampung Lindungan dalam Dun Seri Setia

Telah berkeluarga dan mempunyai 3 orang anak.
Isteri : Suhati bt Bakri
Anak;
1. Nursufia Suria (UTM Jalan Semarak)
2. Nurfarah Alisa (Tingkatan 4)
3. Nuraqilah Azzahrah (Darjah 6)

PENDIDIKAN
2015 -Asian E-Universiti Diploma Dalam Pengurusan Professional CGPA 3.90

PENGALAMAN BEKERJA
Bekas Ahli Majlis ZON 24 MBPJ
(PJS5, PJS6, PJS7, PJS8 dan PJS10)
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

1998-Sekarang-Pengacara Majlis, Jurulatih Pengacara Majlis, Protokol Acara Majlis dan Ucapan Majlis.
Juru Runding dan Pengurusan Acara Majlis.

2008-2012-Ahli Majlis ZON 24 MBPJ(PJS5, PJS6, PJS7, PJS8 dan PJS10)Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

2008-Pegawai Eksekutif Persukanan, Selangor GLC,Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)

KARIER POLITIK
2018- Pengarah JPRD DUN SERI SETIA PRU 14

2010- Biro Penerangan PKR Selangor, Jawatankuasa Penerangan PKR Selangor, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor

Sept2015-Dis2015 -Ketua Penerangan PKR Cabang Kelana Jaya

Jan2010-Ogos2014- Ketua Penerangan PKR Cabang Kelana Jaya

2009 -Timbalan Setiausaha NegeriPKR Selangor, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor

2006-2009-Ketua AMK Selangor, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor

2004-2006- Timbalan Ketua AMK Selangor, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor

2003-2004 -Setiausaha AMK Selangor, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor

2002-2010 -Ketua AMK Cabang Kelana Jaya, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor

1999-2002- Ketua Pemuda PKN Cawangan

ANTARA SUMBANGAN UTAMA
*Menyelesaikan dan memindahkan perniagaan pasar malam di PJS 10 ke PJS 8 Mentari (2009)
*Membantu mempercepatkan pembinaan Masjid Al-Islamiah PJS 6 Kampung Lindungan (2010)
*Tadika Rakyat Kampung Lindungan (2011)
*Naik taraf dewan PJS 6/1 Kampung Lindungan (2018)
*Membina semula kiosk di PJS 8 untuk peniaga-peniaga kecil (2018)
*Menyelesaikan masalah laluan masuk dai NPE ke PJS 5 Taman Desaria (2018)
*Mewujudkan perpustakaan komuniti PJS 6/3B Kampung Lindungan (2018)
*Gerai makan yang sedang dalam pembinaan sebanyak 26 pintu dan 8 kiosk di PJS 6 (2018)

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote