Halimey-Halimah akan berentap di PRK Dun Seri Setia

Halimey-Halimah akan berentap di PRK Dun Seri Setia

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun N.32 Seri Setia akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar dengan calon Pas Dr Halimah Ali.

Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil N32 yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya sudah ditutup jam 10.00 pagi ini sejak dibuka pada jam 9.00 pagi tadi.

Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus SPR bagi PRK Dun Seri Setia Datuk Mohd Azizi Mohd Zain sebentar tadi.

Tuut kelihatan ketika ini Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang baru hadir memasuki dewan untuk bertemu calon-calon sebentar tadi.

Calon PKR turut diiringi pimpinan tertinggi PKR  antaranya Timbalan .Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Amiruddin Saari dan beberapa pimpinan tertinggi daripada AMANAH yang turut hadir Adun Seri Serdang Dr Mariah Mahmood, Adun Sepang Mohamad Hanipa Maidin dan beberapa kepimpinan pertengahan di kalangan Bersatu dan DAP yang mengiringi calon ke pusat penamaan  calon.

Halimey hadir bersama dua wakil,  Pencadang Ridzuan Ahmad danl Penyokong Mohd Yusop Mohd Amin unuk menyerahkan borang pencalonannya kepada Datuk Mohd Azizi pada jam  9.10 pagi tadi.

Halimey Abu Bakar ketika menyerahkan borang pencalonannya kepada Datuk Mohd Azizi Mohd Zain.

Manakala calon Pas Dr Halimah  hadir bersama wakil Pencadang Aasirah Mat Hadi dan wakil Penyokong Zulkifli Mohamad menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.12 pagi tadi.

Hujan lebat yang turut sejak jam 8 pagi tadi dan masih lebat ketika ini menyukarkan pegawai SPR untuk mengumumkan secara rasmi  nama-nama calon yang bertanding pada PRK Dun Seri Setia.

Penyokong kedua parti setia menunggu pengumuman rasmi SPR tanpa berganjak yang berada di luar dewan sejak jam 7 pagi tadi.

Dr Halimah hadir bersama kepimpinan tertinggi Pas di peringkat pusat dan negeri  juga pemimpin utama dari Umno turut kelihatan antaranya Ketua Penerangan Umno Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua PergerakanWanita Umno Datuk Dr Noraini Ahmad.

Dr Halimah Ali menyerahkan borang pencalonannya kepada  Datuk Mohd Azizi Mohd Zain.

Calon Harapan Halimey ketika ditemui berkata, Dun Seri Setia perlu diberikan tumpuan yang lebih kepada permasalahan infrastruktur terutama membabitkan perumahan kos rendah sekiranya beliau terpilih sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

“Kawasan Dun Seri Setia banyak kawasan pangsapuri kos rendah saya akan dahulukan permasalah di sini.

“Antara perkara lain untuk membaik pulih kerosakan infrastrukur membabitkan PPR di kawasan Lembah Subang dan Desa Mentara,” ujarnya kepada media selepas diumumkan sebagai calon hari ini.

Manakala Dr Halimah Ali pula berkata, beliau mahu pengundi di Dun Seri Setia keluar mengundi beramai-ramai bagi memastikan suara pembangkang kuat di negeri Selangor.

” Tidak kira anda penyokong parti mana keluarlah beramai-ramai pada hari mengundi. Kita mahu suara pembangkang kuat di negeri Selangor,” ujarnya.

Pada PRU14 lalu Pas hanya memperoleh 1 kerusi dan BN 4 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor.

(dari kiri) Halimey Abu Bakar dan Dr Halimah Ali sejurus diumumkan sebagai calon yang akan bertanding pada PRK Seri Setia pada 8 September depan.

 

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote