Halimey seru rakyat bersemangat patriotik demi kemajuan dan kedaulatan negara

Halimey seru rakyat bersemangat patriotik demi kemajuan dan kedaulatan negara

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Setia Halimey Abu Bakar menggesa rakyat Malaysia untuk bersemangat patriotik dan cintakan Malaysia.

Beliau berkata, kemerdekaan kali ini cukup bermakna apabila PH mengambil alih tampuk pemerintahan dan akan mengubah Malaysia menjadi negara maju.

“Seperti kita semua tahu, kerajaan sekarang telah banyak membawa perubahan dengan menghapuskan GST dan pelbagai lagi di dalam membawa perubahan untuk memajukan Malaysia.

“Anak-anak muda juga perlu memainkan peranan untuk saling bersatu di dalam mengukuhkan Malaysia dari segi ekonomi bahkan juga pentadbiran negara,” katanya ketika ditemui pada kempen Kibarkan Jalur Gemilang di Shah Alam,semalam.

Menurutnya juga, sepanjang 61 tahun kemerdekaan telah banyak pencapaian negara, namun, rakyat ujarnya tidak boleh merasa terlalu selesa dan perlu peka untuk terus membangunkan negara dan mengekalkan kdaulatan Malaysia.

Dalam kempen kibarkan jalur gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada Jumaat ini, beliau bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah mengedarkan sebanyak 500 jalur gemilang kepada orang awam di sekitar kawasan Seksyen U2 Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Halimey berkata, tujuannya adalah untuk mendekati penduduk di sekitar kawasan tersebut dalam kempen PRK yang hanya berbaki 10 hari lagi, sebelum hari pembuangan undi pada 8 September ini.

“Saya akan cuba untuk mendekati dan memenangi hati rakyat untuk memberitahu mereka bahawa kami adalah parti untuk rakyat dan akan selalu mendekati mereka selain menyelesaikan segala permasalahan yang ada,” ujarnya yang sering kali mengingatkan pengundi di sekitar kawasan tersebut untuk memilih calon yang terbaik di kawasan mereka pada PRK kali ini.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS