Nak melahirkan satu anak sahaja dah sakit apatah lagi melahirkan lima orang dengan suami yang berbeza-beza.
Begitulah nasib seorang wanita di Indonesia yang berkahwin lima kali dan mempunyai lima anak, setiap anak mempunyai bapa yang berbeza-beza.
Menerusi TikTok seorang Pakar Obstetrik & Ginekologi (OBGYN), Dr Amira berkongsi kisah pesakit yang mahu mengikat rahim namun dihalang suami pesakit.
“Pesakit ini mahu bersalin anak kelima dengan suami kelimanya, usianya saat pertama kali mengandung adalah pada 16 tahun.
“Disebabkan air ketuban sudah pecah hampir 24 jam maka ada risiko yang timbul dan perlu melakukan pembedahan caesarean dan pesakit ini minta untuk rahimnya diikat supaya dia tak mengandung.
“Walaupun ini anak kelima pesakit tersebut tapi ia adalah anak pertama untuk suami terbarunya maka dia tak benarkan isteri ikat sebab dia masih mahukan zuriat,” jelasnya.
Disebabkan itu dia mencadangkan pesakit menggunakan Intrauterine Device (IUD), satu alatan untuk mencegah kehamilan dan jangka hayat adalah selama lapan tahun.
Namun wanita itu menolak kerana jika dia memakai alat itu, suaminya masih akan memaksa dia untuk mengandung kerana alasan dirinya masih muda.
Selepas perbincangan bersama ahli keluarga lain, mereka memutuskan untuk setuju dengan IUD, alatan yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa jika mahu hamil semula.
Pada akhirnya doktor itu menasihati agar para wanita berbincang dengan calon suami terlebih dahulu soal anak, tentang jumlah yang dimahukan apatah lagi diri sudah mempunyai cahaya mata dari perkahwinan sebelumnya.
Baca juga: Ibu bapa dah bercerai, pelajar sekolah menengah terpaksa bawa adik ke sekolah