Malaysia Dateline

Hampir 200,000 sudah tandatangan minta Azmin letak jawatan

Petition yang dibuat bagi menuntut Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan kini mencecah hampir 200,000 tandatangan.

Ketika berita ini ditulis, 193,555 sudah menandatanganinya bagi menuntut Azmin meletakkan jawatan berikutan kecelaruan yang berlaku kepada Perintah Kawalan Penuh (PKP) Penuh.

Menurut pihak yang membuat petition melalui Change.or itu, hanya satu sebab sahaja kenapa mereka membuat petition itu.

“Hanya satu sebab: gagal berfungsi sebagai Menteri Kanan yang diharapkan. Titik!” tulis Kerajaan Gagal yang membuat petition itu tiga hari lalu.