Malaysia Dateline

Hampir 400 migran maut di sempadan AS-Mexico pada 2018

Sekurang-kurangnya 376 migran maut di sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico pada 2018, lapor agensi berita rasmi Turki Anadolu memetik kenyataan sebuah badan pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Anggaran Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi menerusi Projek Migran Hilang membabitkan 214 lelaki, 20 wanita dan empat kanak-kanak.

Baki 138 lagi tidak dapat dikenal pasti berdasarkan jasad mereka. Yang lain mungkin telah meninggal dunia namun mayat mereka belum ditemui.

Majoriti mangsa yang maut berasal dari Amerika. Hanya dua orang berasal dari Asia Selatan.

Data itu muncul di tengah-tengah pendekatan keras Presiden AS Donald Trump terhadap penghijrahan, sama ada secara sah atau sebaliknya, termasuk tindakan keras ke atas peraturan suaka.

Dasar imigresen Trump telah mendorong berlaku longgokan di pintu masuk rasmi pelabuhan bagi individu yang mencari suaka, menyebabkan ramai daripada mereka sama ada terpaksa menunggu selama berbulan-bulan di Mexico untuk permohonan mereka diproses, atau cuba menyeberangi sempadan secara haram.

— BERNAMA