Hampir 6,000 doktor rakyat Cuba tinggalkan Brazil

Hampir 6,000 doktor rakyat Cuba tinggalkan Brazil

Kepulangan sejumlah 409 profesional perubatan rakyat Cuba dari Brazil pada Ahad menjadikan hampir 6,000 doktor dari negara itu telah kembali ke tanah air selepas membantu masyarakat miskin dan tinggal di kawasan terpencil.

Menteri Pembinaan, Rene Mesa, dan anggota Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba, Victor Gaute, telah menyambut ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Jose Marti di Havana.

????Bagi pihak kumpulan itu, Dr Rosbel Almaguer, berkata pengamal perubatan Cuba komited untuk melakukan kerja-kerja amal dan sanggup menyempurnakan sebarang tugasan yang diamanahkan.

Pada 22 Nov, kesemua pengamal perubatan mula kembali ke tanah air mereka susulan sikap permusuhan yang ditonjolkan presiden pilihan Brazil, Jair Bolsonaro, terhadap kerajaan Cuba dan pakar perubatan dari negara itu.

— BERNAMA