Malaysia Dateline

Hampir jadi lauk, dua lelaki panik selepas terjatuh semasa pancing ikan jerung

Satu klip video tular di media sosial Indonesia apabila dua lelaki terjatuh ke dalam laut ketika sedang memancing ikan jerung.

Sudahlah panik apabila terjatuh ke dalam laut, tambah menggerunkan bila tahu ikan jerung ada di kawasan tersebut.

Dua lelaki malang itu dirakam berada di atas sebuah pelampung hijau untuk menangkap ikan sementara disaksikan oleh beberapa rakan mereka.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua lelaki tersebut sedang menarik jerung yang sedang makan umpan apabila pelampung dinaiki terbalik.

Tidak lagi mempedulikan jerung tersebut, mereka hanya berfikir untuk selamatkan diri daripada menjadi mangsa ikan tersebut lapor laman berita Suara.com.

Disebabkan situasi tersebut mereka menjadi bahan ketawa rakan lain, nasiblah mereka tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Video yang dimuat naik di akaun Instagram @hak.indo itu mendapat reaksi lucu daripada netizen.

“Jerung: wah mukbang,” komen pengguna Instagram.

“Niat memancing tapi akhirnya bertukar menjadi umpan,” komen pengguna lain.

Baca juga: Minta lori 1 tan tapi yang sampai 5 tan, wanita bengang asyik suruh tambah harga padahal barang tak banyak