Malaysia Dateline

Hampir setiap lantai ada jentik-jentik – Pangsapuri pernah tular masih terlalu kotor

Hampir setiap lantai di sebuah blok pangsapuri di Perai, Pulau Pinang setinggi 20 tingkat dikesan ditakungi air yang mengandungi tempat pembiakan jentik-jentik.

Hasil pemeriksaan yang mengejutkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) itu menyebabkan blok kediaman itu kini diisytihar sebagai lokaliti wabak tidak terkawal.

Ketua Inspektorat Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Mohd. Wazir Khalid berkata, blok pangsapuri tersebut berisiko menjadi lokasi ‘hotspot’ atau berbahaya susulan lima kes demam denggi sejak 6 November lalu.

Menurutnya, terdapat banyak lokasi atau tempat yang tidak sepatutnya berlaku pembiakan nyamuk termasuk lopak-lopak air di bahagian lantai.

Selain itu, nyamuk di kawasan itu juga membiak di longkang yang tidak ditutup dengan sempurna serta kawasan-kawasan takungan air yang ‘diceroboh’ atau dibiarkan tanpa pemantauan sesiapa.

“Kita akan hantar (sampel jentik-jentik ini) ke makmal untuk dianalisis bagi memastikan sama ada tergolong dalam kategori ‘albopictus’ atau ‘Aegypti’.

“Kedua-dua kategori ini boleh menyebabkan demam denggi dan kita berasa bimbang sekiranya berlaku peningkatan kes di sini kerana berisiko membawa kepada kematian,” dipetik Utusan Malaysia.

Baca juga Anwar pengerusi mesyuarat khas Kabinet pertama pagi ini

Baca juga Guna wang simpanan sebanyak RM1,000 untuk bina bangsal terapung, cuba selamatkan barangan rumah sebab banjir setiap tahun