Malaysia Dateline

Haniff Khatri bukan peguam peribadi Tun M

Peguam, Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla bukan peguam peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pejabat Dr Mahathir dalam kenyataan hari ini memberitahu, Haniff telah mewakili bekas Perdana Menteri itu dalam beberapa kes tertentu sejak 2015.

Menurut kenyataan itu, terdapat beberapa kes yang masih dalam kendalian Haniff buat masa ini.

“Walau bagaimanapun Mohamed Haniff Khatri bukanlah peguam peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kes-kes lain yang dikendalikan olehnya adalah di atas keputusan dan pilihan beliau sendiri dan ini termasuklah kes saman difailkan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berhubung pengampunan penuh diberikan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kes tersebut dan keputusan Mohamed Haniff Khatri untuk menjadi peguam di dalam kes tersebut tidak ada kena mengena sama sekali dengan Tun Dr Mahathir Mohamad,” dipetik kenyataan itu lagi.