Hanipa alami ‘vaso vagal attack’ dibenarkan keluar wad hari ini, kata HPj

(Dari kiri) Dr Hariati Jamil ,Dr Mohammad Khairol Anwar Yusop, Mohamad Hanipa Maidin , Dr Dzulkefly Ahmad dan Mohd Hamidi Abu Bakar.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad hari ini melawat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin di Hospital Putrajaya (HPj) tengah hari tadi.

Dalam satu kenyataan di facebook rasmi HPj hari ini memaklumkan Hanipa menghadapi masalah “vaso vagal attack’.

“YB Timbalan Menteri didapati mengalami “vaso vagal attack”.
“Beliau berada dalam keadaan sihat dan stabil tanpa sebarang gejala semasa berada di wad.

“Siasatan yang dijalankan tidak menunjukkan sebarang keputusan abnormal yang akut.

“Tekanan darah dan paras kolesterol darah adalah terkawal dan beliau tidak mengidap penyakit diabetis,” ujar kenyataan itu.

Pegawai Media Hanipa, Anas As Said Zaharudin berkata. Hanipa dibenarkan keluar wad pada jam 4 petang tadi setelah pihak hospital berpuashati dengan tahap kesihatannya dan dinasihatkan lebih banyak masa diberikan untuk berehat di rumah.

Mohamed Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang itu dijangka akan keluar wad hari ini dan menjalani lawatan susulan dengan pakar yang berkaitan.

Hari ini turut menziarahi beliau ialah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zukefli Al Bakri.

BacaMufti WP ziarah Hanipa di HPj

 

 

CATEGORIES
TAGS