Hanipa dedah Peguam Negara belajar bahasa Melayu

Hanipa dedah Peguam Negara belajar bahasa Melayu

Hanipa Maidin

Timbalan Menteri (Undang-undang) di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin mendedahkan Peguam Negara Tommy Thomas (gambar atas) kini sedang mempelajari bahasa Melayu secara persendirian.

“Saya difahamkan seorang lagi kawan baik saya iaitu Peguam Negara sekarang pun khabarnya sedang ambil “personal tution” BM. Saya hormati kesungguhan mereka. Mereka jawab kritikan dengan amalan bukan pekik melolong tak tentu hala,” ujarnya dalam kenyataan di laman facebooknya semalam.

Hanipa berkata demikian ketika mengulas  laporan The Malay Mail mengenai Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap  yang berjaya mendapat A dalam subjek Bahasa Malaysia di peringkat SPM dan STPM.

Nga Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Telok Intan itu juga dilaporkan pernah mendapat gred A dalam matapelajaran Sejarah Islam di peringkat STPM.

“Bangga betul saya dengan kawan karib dan kawan lama saya ini. Patutlah beliau tahu banyak pantun dan baru-baru ini petik pantun almarhum Buya Hamka. Bravo my friend,” ujarnya merujuk kepada Nga Kor Ming.

Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, ramai daripada kalangan pimpinan DAP yang bukan Melayu dan Islam fasih berbahasa Melayu dan amat hormati Islam.

“Bagi saya , amat wajar mereka didekati bukan dicerca tak tentu fasal khususnya oleh ” pelampau” agama dan bangsa.

“Kita pula yang mungkin tidak begitu fasih Bahasa Inggeris pula ..tak mahu belajar ke ?

“Apapun, tiada jalan pintas untuk cemerlang dan berjaya,” ujarnya.

9.7
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 10.0