Hanipa jawab dakwaan Presiden Pas

Hanipa jawab dakwaan Presiden Pas

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin mengakui kerajaan Pakatan Harapan (PH) ada kelemahan dalam mentadbir negara yang mempunyai banyak masalah ekoran tindakan kerajaan terdahulu.

Namun katanya, PH sedang bekerja keras ingin membawa perubahan di sebalik kelemahan yang ada dan tidak mungkin pihaknya akan mencapai kesempurnaan atau cita-cita ketahap lebih baik dalam sebarang masa.

“PH ada kelemahan. Ya kami mengaku salah ( plead guilty ). Kami sedang berusaha keras untuk betulkan yang salah, luruskan yang bengkok, wangikan yang busuk, bersihkan yang kotor, perbaiki yang rosak dan pelbagai lagi lah.

“Yalah bukan mudah. Kami sedang mewarisi” “barangan buruk dan busuk” yang berusia 60 tahun. Orang yang biasa sokong “benda buruk dan busuk” tak mengapalah. Dah biasa. Kami tak biasa,” kata beliau dalam Facebooknya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Kerajaan PH yang baru mentadbir negara empat bulan didakwa lebih teruk daripada Umno-BN yang memerintah selama enam dekad ini.

Abdul Hadi berkata, pemerintahan PH lebih dahsyat hinggakan kes yang telah didakwa di mahkamah juga diselesaikan begitu sahaja.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong Pas kali pertama di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, semalam.

Hanipa mempersoalkan pemimpin Pas yang langsung tidak bersuara apabila kes suami menteri wanita yang terlibat dalam isu NFC ditarik balik.

“Kita juga tahu YB cuba sindir keputusan pejabat AG tarik balik pendakwaan ke atas YB Menteri Kewangan. Nak tanya sikit…masa pendakwa tarik balik kes suami menteri wanita yang libatkan isu NFC ,YB ada bersuara tak? Yang AG tak rayu Razak Baginda dibebaskan, YB ada bersuara ke?

“Yang terang-terang menteri dikatakan rasuah politik wang oleh parti dia sendiri dan dihukum oleh parti, tapi lepas tu tidak didakwa dan dibenarkan pula jadi calon PRK pun ada YB . Tak cukup itu , orang itu dilantik dalam GLC pula. Tak ingat ke YB?” soal Hanipa.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 10.0
4 user votes x 7.5
CATEGORIES
TAGS