Malaysia Dateline

Hanipa anggap Pas kehilangan tokoh hebat apabila membuang Mustafa Ali.

Keadaan Hanipa kini stabil, kata Setiausaha Sulit

Hanipa Maidin kini berada dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan di Hospital Putrajaya selepas pitam seketika ketika perhimpunan bulanna Jabatan Perdana Menteri awal pagi ini.

Setiausaha Sulitnya  Abdul Halim Mohd Shariff berkata, Hanipa mengalai pitam seketika ketika perhmpunan itu diadakan kini keadaan stabil dan perlu beristirehat beberapa hari atas nasihat doktor.

“Beliau pitam hari ini kerana menghadiri program selama tiga hari sebelumnya, ditambah cuasa yang agak panas pagi tadi.

“Sekarang doktor minta beliau berehat untuk beberapa hari. Keadaannya stabil dan boleh berbual dengan rakan dan ahli keluarga yang menziarahinya hari ini,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline sebentar tadi.

Dimaklumkan beberapa pimpinan utama Pakatan Harapan daripada Parti AMANAH Negara antaranya Dr Hatta Ramli dan  Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad turut menziarahinya di hospital.

Ujarnya lagi, doktor hanya membenarkan ahli keluarga terdekat untuk datang menziarahi di ward hospital.

Timbalan Menteri (Undang-undang)  di Jabatan Perdana Menteri  itu dilaporkan  telah pengsan ketika menghadiri perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri awal pagi ini.

Bharian melaporkan hadirin terkejut apabila beliau tiba-tiba jatuh dari pentas ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sedang berucap.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, terus meluru ke sisi Hanipa untuk memberikan bantuan.

Dr Wan Azizah memberikan rawatan awal dengan mengalih badan Hanipa ke kedudukan lebih baik.

Pasukan paramedik kemudian bergegas memberikan rawatan sebelum mengusung dan mengejarkan beliau ke Hospital Putrajaya.

Dr Mahathir yang terkejut dengan kejadian itu berhenti berucap buat seketika.

Hanipa sebelum ini pada April 2016 pernah pengsan ketika sidang dewan rakyat berlansung  dan menjalani pembedahan  Unit Rawatan Rapi (ICU) di Jabatan Neurologi Hospital Kuala Lumpur .