Malaysia Dateline

Hanipa ucap taniah kepada Pemuda PH kerana tidak berkecuali

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin menghargai usaha dilakukan Pemuda Pakatan Harapan (PH) untuk mendesak kerajaan menurunkan harga dan mengembalikan subsidi petrol kepada rakyat dalam protes rakyat yang dilakukan selama 42jam berakhir semalam. .

Beliau berkata, pemuda PH yang menyertai demontrasi pada tengah malam Selasa lalu sehingga berakhir semalam selama 42jam sebagai tidak mengejar populariti dan glamor.

“Tahniah Pemuda PH. Kamu semua tidak pilih “glamour” atau “popularity”. Sebaliknya , kamu semua rasai keperitan denyut nadi rakyat yang derita kerana inflasi, gst, kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang.

“Maka kamu semua berhimpun di tempat di mana para pemimpin rakus menggubal polisi negara. Kadangkala polisi “sampah” mereka dibantu dengan sikap berkecuali makhluk yang rasa mereka suci,” ujarnya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman facebooknya hari ini.

Pengerusi Kanun Hanipah Maidin
Mohamed Hanipa Maidin

Hanipa berkata walaupun kehadiran sebilangan kecil pemuda PH dan wakil rakyat pembangkang yang prihatin mengenai masalah rakyat namun ketabahan yang ditonjolkan pemuda PH ujarnya, kini merasai sedikit nikmat apabila harga petrol dan diesel turun sebanyak 8 sen dan 2 sen hari ini.

“Kamu semua disindir dan diperli adakan himpunan yang hambar.

“Hatta nak berteduh dari panas yang menggigit dan hujan lebat yang membasahi tubuh di dalam khemah juga diganggu-gugat sebegitu rupa oleh ejen ejen penguasa.

“Tapi kamu semua tabah dan sabar. Mana ada perjuangan yang mudah dan tiada cabaran. Meminjam kata-kata keramat DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ‘jika tak mahu berkorban, usah bicara fasal perjuangan’.

“Alhamdulillah, pengorbanan kamu semua kini mulai dirasai sikit nilmatnya oleh rakyat di bawah. Ya, harga minyak turun.

“Semua lega termasuk penyokong tegar sipenguasa dan si penguatkuasa yang mungkin sebelum ini pandang kamu semua hanya sebelah mata,” ujarnya yang merujuk kepada laporan sebuah media yang mengambarkan usaha dilakukan Pemuda PH ini hambar kerana tidak disertai ramai dikalangan pemuda PH.

Hanipa yang juga turut hadir dalam demontrasi dilakukan Pemuda PH itu berkata usaha itu dan perjuangan harus diteruskan.

“Teruskan berjuang Pemuda PH. Hari ini kamu berjaya turunkan harga minyak esok, insyaAllah siapa tahu mungkin kamu akan turunkan pula rejim si kleptokrat.

“Terima kasih kerana tidak berkecuali!” ujarnya yang menyindir dua rakan pembangkang iaitu Pas yang berkecuali ketika undi belah bagi dalam Rang Undang-undang Perbekalan untuk Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Isnin lalu menyaksikan dengan undian 52 ahli Parlimen menyokong, 51 menentang manakala dua lagi berkecuali.