Tidak ternilai pengorbanan ibu bapa sehingga sanggup bersusah payah demi keselesaan anak termasuk yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi.
Ikuti perkongsian daripada DZURIASIKIM DZULKEFLI mengenai betapa besarnya kasih dan sayang kedua-dua ibu bapa terhadap anak-anak yang tidak bersyarat:
Sedihnya, Ya Allah. Tadi anak saya beritahu, teman sebiliknya terpaksa belanja RM60 minggu ini bagi bayaran tambang ulang-alik ke tempat belajar. Tambang sahaja dan belum masuk wang makan.
Ayahnya tiada pendapatan tetap tetapi setiap kali ada wang, dia akan segera gunakan untuk keperluan anak-anak belajar. Diberikannya kepada anak-anak dulu dan dia hanya ambil sebahagian kecil darinya.
Anak saya ke kelas bersama rakan sekelasnya manakala teman sebilik beliau dari kursus yang berlainan dengan waktu belajar yang berbeza.
Dalam seminggu teman sebiliknya hanya dapat tumpang kenderaan rakan sekelas anak saya sebanyak dua kali sahaja.
Tadi anak saya beritahu teman sebiliknya menangis apabila ibunya beritahu mereka akan belikan sebuah kereta untuknya.
Sedangkan, ibu bapanya hanya ada sebuah motor yang masih boleh digunakan. Kereta ibu bapanya sudah lama rosak.
Namun kerana memikirkan belanja tambang lebih tinggi, mereka akan usahakan untuk membeli sebuah kereta mengikut kemampuan mereka.
Nanti kedua-dua ibu bapanya akan hantar kereta itu kepada teman sebilik anak saya. Bila teman anak saya tanya, bagaimana mereka akan pulang nanti…
Mereka kata mereka akan pulang dengan menaiki bas sahaja.
Saya sedih terbayangkan pengorbanan kedua-dua ibu bapa ini. Datang dari kampung untuk hantar kenderaan kepada anak kemudian pulang dengan menaiki bas.
Memang kasih dan sayang kedua-dua ibu bapa terhadap anak-anak tidak bersyarat. Sanggup bersusah payah demi untuk melihat anak-anak berjaya.
Baca juga ‘Kereta Batman’ kena handle basikal budak – Ini reaksi usahawan burger
Baca juga ‘Terlepas orientasi ke’ – Netizen terhibur bayi lahir tak menangis, asyik termenung sahaja