Hantaran RM222,000, Intan Najuwa pilih bercinta senyap-senyap, kini sah jadi isteri kepada Datuk

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak kenal pelakon yang sering membintangi drama di TV3, Intan Najuwa kini sah bergelar isteri ahli perniagaan, kepada Datuk Ahmad Asraf Azman petang semalam.

Rupa-rupanya pelakon tersebut dalam diam bercinta dengan suaminya selama dua tahun sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

Menurut Kosmo, majlis pernikahan tersebut berlangsung pada pukul 6.35 petang semalam di sebuah resort di Pantai Desaru, Bandar Penawar, Johor.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd. Wahid menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000.

Angka dua dipilih sebagai simbolik tempoh dua tahun perkenalan antara Intan dan suami yang berusia 39 tahun itu.

Malah tarikh pernikahan mereka jatuh pada hari sama dengan tarikh lahir Intan yang menginjak usia 26 tahun.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Datuk Dr. Haji Nooh Gadot.

Difahamkan, majlis resepsi kedua akan diadakan pada malam esok Rimbunan Event Space, Johor Bahru.

“Alhamdulillah, saya bersyukur segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

“Doakan yang terbaik buat kami berdua dalam melayari rumah tangga.

“Meskipun sudah bergelar isteri, saya akan terus menyambung karier lakonan serta mengutamakan pengajian serta bisnes sekarang,” katanya seperti dipetik Kosmo.

Baca juga: Sos paling lejen tahun 80-an, ini rupanya sebab sos Aminah Hassan hilang dari radar