Hanya tiga golongan sahaja yang benar-benar layak dan dibenarkan untuk melakukan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menurut infografik terkini KWSP yang dikongsikan sebentar tadi, golongan pertama adalah melibatkan ahli-ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun.
Selain itu, golongan kedua pula melibatkan pemohon yang terdiri daripada kategori warganegara dan bukan warganegara termasuklah pemastautin tetap.
Manakala bagi golongan ketiga, hanya ahli yang mempunyai baki atau jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP sahaja yang dibenarkan membuat pengeluaran itu.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP berjumlah RM10000 dalam satu sidang media lalu.
Semak empat perkara sebelum buat permohonan pengeluaran khas
Selain itu, orang ramai perlu menyemak beberapa perkara penting terlebih dahulu bagi melancarkan urusan permohonan.
Anda perlu memastikan nombor telefon bimbit terkini telah berdaftar dengan KWSP dan seterusnya menyemak baki simpanan KWSP.Tidak cuma itu, nombor akaun bank juga perlu dipastikan berada dalam keadaan aktif sama ada bagi akaun simpanan atau semasa.
Paling penting, anda haruslah memastikan akaun KWSP itu adalah di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat.