Hanya 40% akan undi BN di Terengganu, kata kajian Invoke

Hanya 40% akan undi BN di Terengganu, kata kajian Invoke

Kajian yang dibuat di kalangan 11,000 pengundi Terengganu mendapati hanya 40% sahaja yang mengaku akan mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang manakala selebihnya akan mengundi Pakatan Harapan, Bersatu, Pas dan tidak pasti.

Pengasas Invoke, Rafizi Ramli ketika bercakap dalam dialog Invoke di Kuala Terengganu hari ini berkata, kira-kira 600,000 pengundi di Terengganu telah dihubungi melalui telefon dalam kajian seluruh negara itu.

“Jika kita berjaya satu lawan satu dengan BN, kita boleh kalahkan Umno dan BN di semua kerusi di Terengganu,” kata Rafizi dalam majlis itu.

Memandangkan agar sukar untuk ianya berlaku, Rafizi berkata, sasaran Pakatan Harapan di Terengganu adalah PRU ke 15, “Ia adalah masa terbaik menjadi kerajaan di Terengganu.”

Rafizi berkata demikian selepas Invoke mengemukakan hasil kajian mereka untuk seluruh negara di Kuala Lumpur malam tadi yang melibatkan 104, 340 pengundi yang memberikan jawapan dari lebih 8.36 juta pengundi seluruh negara yang dihubungi.

Rafizi berkata, hampir tidak mustahil untuk Pakatan Harapan menang di Terengganu walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru antara PH + Bersatu, Pas dan BN.

“PH adalah kerajaan menunggu di Terengganu kerana separuh dari 27℅ pengundi Pas yang dihubungi akan mengundi calon PH,” katanya.

Menurut beliau, pengundi teras Pas hanya separuh dari 27℅ jumlah pengundi di negeri itu manakala bakinya akan mengundi Pakatan Harapan.

“Tiga penjuru bukan memastikan kekalah PH..isu minyak Terengganu yang bakal habis akan mencengkam rakyat dan anak muda yang tiada ruang pekerjaan akan menyebabkan mereka bersama kita,” katanya penuh keyakinan rakyat akan bangkit menentang BN kali ini.

Menurut beliau, majoriti pengundi atas pagar memahami isu domestik dan nasional dan pemerintah langsung tidak mempunyai peluang untuk spin kerana media bukan lagi dikawal oleh mereka sepenuhnya sebagai dahulu.

“Walaupun pengundi atas pagar tidak ambil berat pasal politik, tapi mereka alert isu semasa..pemimpin politik kalau boleh tiap hari membuat kenyataan media dan memastikan isu yang tepat,” katanya.

TAGS