Hanya  calon boleh menang Bersatu-PH  akan bertanding pada  PRU-14

Hanya calon boleh menang Bersatu-PH akan bertanding pada PRU-14

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menetapkan pendirian hanya calon boleh menang sahaja akan berpeluang untuk menjadi calon dalam pilihan raya Umum ke-14 akan datang.

Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, calon pilihan raya itu pula sama ada daripada gabungan parti dalam Pakatan Harapan atau daripada Bersatu.

“Kita nak ingatkan sekali lagi sekiranya menjadi ketua bahagian tidak bermakna anda akan menjadi calon parti Pribumi.

“Kita beri kepada calon yang boleh menang. Orang yang dijangka boleh menang ini sama ada daripada calon dalam gabungan parti atau dari Parti Pribumi sendiri.

“Jika semua yang boleh menang dari DAP kita kena bersetujulah sebab kita nak cari kemenangan. Jika semua yang boleh menang dari PPBM, kita letak kita punya semualah ,” ujarnya dalam sidang media di ibupejabat parti itu di Petaling jaya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Pimpinan Tertnggi parti hari ini.

Beliau berkata akar umbi ahli parti dalam gabungan Pakatan Harapan sudah boleh menerima konsep gabungan ini.

“Daripada akar umbi sudah boleh menerima konsep ‘coalation’ walaupun tidak nampak kita ada kerjasama yang rapat tetapi parti Prbumi tidak ada masalah dengan parti-parti dalam gabungan dan kerjasama ini telah berlansung di peringkat negeri-negeri,” ujarnya.

Ditanya mengenai dakwaan pihak tertentu Bersatu meletakkan harga setiap jawatan dalam parti dan calon pilihan raya, bekas perdana menteri ini menafikan.

“Bukan sahaja nakkan jawatan. Mereka nak masuk parti ini kena bayar duit RM4 dan ahli seumur hidup RM100.

“Jika nak dapat jadi ketua bahagian dia punya hal lah…kita mengaku kita miskin ada sekatan oleh kerajaan.

” Tidak timbul sama sekali…ada orang nak bagi duit,jika dia nak jadi ketua bahagian, saya tak tahulah….kita terima tapi belum tentu dia jadi ketua bahagian,” ujarnya berseloroh.

Ditanya tentang kuota calon pilihan raya bagi Bersatu di semua sayapnya.

“Kita nak tentukan calon yang  kita boleh menang atau tidak. Jika Srikandi semua jadi calon kalau dia boleh menang,ok. Itu prinsip kita – bukan siapa bagi duit banyak, dia kata dia kumpulan itu atau kumpulan ini…jauh sekali kroni.

“Jika Srikandi kata tak bagi (tiada kerusi)  pada dia pun takpa. Jika ada calon lain yang boleh menang,” ujarnya ketika turut ditanya sama ada akan meletakkan calon Srikandi untuk bertanding.

Turut hadir Presiden  Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa Ahli MajlisPimpinan Tetinggi lainnya.

Pimpinan Bersatu menetapkan hanya calon boleh menang diberikan tempat untuk menjadi calon bertanding mewakili parti itu dan Pakatan Harapan dalam sidang media yang diadakan hari ini.- Foto Malaysia Dateline Wan Zahari Wan Salleh.

TAGS