Malaysia Dateline

Hanya Covid-19 boleh bunuh orang Amerika seramai ini

Negara yang paling teruk terkesan dari wabak Covid-19 adalah negara kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat yang kini mencatatkan kematian hampir 50,000 (46,771) dengan 1,453 kematian semalam sahaja akibat virus ini.

“Hanya wabak ini sahaja boleh membunuh orang Amerika sebegini banyak,” kata satu komen berhubung wabak yang kini menyerang seluruh dunia itu.

Sehingga kini 897, 719 rakyat Amerika sudah dikesan positif wabak ini dengan 18,975 kes dikesan semalam sahaja.

Selain Amerika, Sepanyol, Italy, Perancis, Jerman dan United Kingdom adalah negara yang paling banyak diserang wabak ini mengatasi negara asalnya iaitu China.

NEGARA ISLAM

Iran dan Turki, dua buah negara Islam kini menyertai enam buah negara Barat memotong negara China dalam penularan wabak Covid-19.

Turki mencatatkan 117 kematian akibat wabak ini semalam menjadikannya 2,376 kematian di negara maju umat Islam itu. Jumlah kes positif Covid-19 di Turki kini hampir 100,000 (98,674).

Iran pula mencatatkan 94 kematian semalam menjadikannya 5,391 kematian di negara itu.

Jumlah kes yang dikesan positif di Iran adalah 85,996 dengan 1,194 kes dikesan semalam sahaja.