Malaysia Dateline

Hanya diarah tukar kelas, seorang guru tak puas hati bertindak letak klorin dalam makanan murid

Tidak berpuas hati hanya kerana diarah tukar kelas seorang guru bertindak meletakkan cecair peluntur klorin di dalam makanan tengah hari murid sekolah ditahan.

Guru sekolah rendah yang berusia 24 tahun ditahan selepas mengaku meletakkan peluntur tersebut ke dalam hidangan makanan tengahari sekitar jam 11.30 pagi pada 15 September di Sekolah Rendah Mizutani-Higashi

Lapor Kyodo News yang dipetik dari Japan Today beberapa orang pelajar menyedari bau aneh yang datang dari hidangan tersebut seterusnya memaklumkan perkara itu kepada guru lain.

Bagaimanapun, tiada siapa yang makan hidangan tersebut dan kemudian telah dihantar ke makmal untuk dianalisis. Hasil analisis mendapati bahawa hidangan makan tengahari itu mengandungi produk cecair peluntur klorin.

Suspek telah berkhidmat dan mengajar di sekolah tersebut sejak 2020 dan dia dikatakan kecewa kerana telah ditukarkan menjadi guru kelas lain pada April dan mahu kekal berada di kelas yang sama.

Sebagai tanda tidak berpuas hati dengan keputusan itu, dia bertindak mencampurkan cecair peluntur klorin di dalam hidangan tengah hari tersebut untuk diberikan kepada pelajar-pelajar di kelas baharunya, lapor pegawai sekolah.

Suspek memberitahu telah membeli cecair peluntur klorin yang digunakan di sebuah farmasi berdekatan sekolah.

Baca juga: Jabatan Penjara maklum Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang selepas dapat rawatan di Pusat Rehabilitasi Cheras

Baca juga: Bawa watak sedih, Zizan akui babak menangis sukar dilakukan