Hanya disebabkan cuti sakit, ‘intern’ diberhentikan kerja, jawapan bos pula menyakitkan hati

Oleh MAISARAH AISYA

Cuti sakit bukanlah diambil sewenang-wenangnya namun ada juga majikan yang tidak peduli akan kesihatan pekerja.

Malah ada yang menjadikan ia alasan kukuh untuk memecat pekerja hanya kerana mereka mengambil cuti sakit.

Seorang pelatih (intern) wanita dari India terkejut apabila dia dipecat oleh majikan hanya kerana mengambil cuti sakit dalam kejadian di kota raya Mumbai

Menurut akhbar Hindustan Times, wanita tersebut tidak berpuas hati dan berkongsi pengalaman tersebut menerusi platform media sosial.

Ujarnya, dia berpindah dari Pune ke Mumbai untuk bekerja dengan sebuah firma guaman tetapi kemudian dipecat selepas tidak hadir ke pejabat kerana demam.

“Saya keliru kerana saya tekun melaksanakan tugas dan tiada rakan sekerja yang mempunyai sebarang aduan tentang kerja saya,” katanya.

Mahukan keadilan, wanita tersebut menghubungi bahagian sumber manusia untuk bertanya tentang punca dia diberhentikan kerja.

Alasan diberikan adalah keputusan tersebut dibuat oleh rakan kongsi majikannya.

Tidak mahu masa dibazirkan, dia pergi menemui rakan kongsi itu pada keesokkan haridan jawapan yang diterima adalah mengejutkan.

“Ini adalah firma saya. Saya boleh memecat sesiapa sahaja yang saya suka.

“Anda hanya seorang pelatih, kenapa banyak bertanya? Tiada kontrak dengan awak,” katanya.

Pada penghujung hantaran tersebut, wanita itu menyatakan kekecewaannya terhadap budaya kerja toksik yang ada dalam pejabat tersebut.

Baca juga: Ustaz Don direhatkan terus daripada program Salam Baitullah lepas sehari bersiaran, pengarah dedah puncanya