Hanya guna 1 bahan sahaja! Wanita kongsi tip cara nak segarkan dapur

Oleh MAISARAH AISYA

Biasanya ada hari yang setiap individu akan gunakan untuk bersihkan segala ruangan di dapur agar tampak lebih bersih.

Bukan senang nak pastikan ia bersih setiap dan selalunya dibuat secara ala kadar asalkan ruang untuk memasak itu bersih sudah mencukupi.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Fyza Shah mengenai 10 teknik untuk menyegarkan dapur dengan hanya menggunakan lemon.

“Semalam Kak Fyza duk belek majalah Impiana keluaran Jun lepas. Baru perasan ada teknik bagus ni,” ujarnya di Facebook.

Tip segarkan dapur guna lemon

  1. Segarkan peti sejuk.

Cara paling senang adalah dengan memotong lemon kepada dua bahagian, kulitnya dikikis dan masukkan ia ke dalam peti sejuk. Bauan pun boleh hilang.

  1. Loyang berkarat

Potong dua lemon dan gosok ia kepada permukaan loyang yang berbau atau pada kawasan yang telah berkarat.

  1. Pisau dan spatula

Cuci dua alatan tersebut dengan lemon, sebab pisau dan spatula rupanya tak sesuai terlalu kerap dibasuh dengan sabun pencuci.

  1. Jari kuning berkunyit

Untuk tip ini kena ada bahan lebih. Campurkan lemon dengan baking soda dan jadikan ia macam doh.

Uli dekat jari tangan sampai kesan kunyit hilang.

  1. Jendela berdebu

Ambil lemon kemudian campurkan pada baking soda, tambah air secukupnya. Basuh jendela dengan air campuran tadi. Berkilat memancar cermin tu nanti.

  1. Kilatkan lantai

Campurkan lemon dan cuka, mop la sampai lantai bersih. Berkilat kilat lantai dapur.

  1. Hilangkan bau hapak dalam kabinet

Kulit lemon itu sebolehnya jangan buang, letak dalam kabinet, segar je udara dalam kabinet. Tak hapak.

  1. Hilangkan bau hanyir di lantai

Kalau lantai masih hanyir bau ikan daging, lepas siap mop, perah lemon sebagai penyudah.

  1. Cuci papan pemotong

Lebihan lemon nanti boleh diambil dan gosok pada papan pemotong supaya tak lekat bau ikan atau daging

  1. Hilangkan kesan kopi di cawan

Kalau cawan ada kesan kopi hitam hitam tu, gosok sahaja dengan lemon dan bilas. Memang hilang.

Selamat mencuba!

Baca juga: Lelaki dedah rahsia tanam pokok mangga manis dan tak berulat, berbuah sepanjang tahun!