Hanya guna 2 bahan, wanita kongsi cara tradisional untuk turunkan darah tinggi, diabetes

Oleh MAISARAH AISYA

Disebabkan pemakanan yang tidak terkawal, golongan muda juga berisiko untuk mendapat penyakit tiga serangkai.

Tahukah anda, kira-kira 1.7 juta penduduk di negara ini mempunyai tiga penyakit utama (tiga serangkai) iaitu diabetes, darah tinggi dan kolesterol.

Seorang pengguna TikTok, Coach Dahlia berkongsi cara tradisional yang membantu untuk menurunkan darah tinggi dan kencing manis.

Menurut pengguna tersebut, anda boleh mengamalkan minum air buah lemon ini pada setiap hari untuk melihat hasilnya.

PETUA TURUNKAN DARAH TINGGI & KENCING MANIS

Bahan-bahan:

  • Buah lemon
LEMON YELLOW FRESH LARGE-A — HORECA Suppliers | Supplybunny
  • Chia seed
Chia Seed - Malaysia Baking Supplies

Cara penyediaan:

  1. Ambil sebiji lemon, basuh sehingga bersih dan belah dua.
  2. Perah air lemon dan ambil satu sudu besar jusnya. Campur dengan air mineral atau air tapis.
  3. Kacau sebati dan baca surah Al-Fatihah sebanyak tiga kali. Kemudian, baca 3 Qul sekali.
  4. Akhir sekali, tutup dengan selawat kepada Nabi sebanyak 7 kali.

Amal setiap hari untuk penawar penyakit darah tinggi dan kencing manis. Waktu paling mustajab untuk diminum adalah sebelum tidur.

Bagi mereka yang tidak tahu, buah yang terkenal kerana rasa masamnya itu sebenarnya ada banyak khasiat, antaranya:

  • Mencegah masalah berkaitan salur darah
  • Mengurangkan paras kolesterol di dalam darah
  • Membantu sistem penghadaman
  • Mencegah batu karang
  • Mencegah anemia
  • Menyegarkan nafas
  • Mencegah penyakit skurvi
  • Mencegah tanda-tanda penuaan

Boleh cuba amalkan tapi bagi yang menghidap penyakit kronik, jumpa dan berbincang dahulu dengan doktor.

Baca juga: “Patutlah diam je”, Ebit Lew rupanya ada di Jeddah, balik Malaysia terus lapor polis