Hanya guna 5 bahan! Ini resipi ‘udang belon’ yang popular di Thailand

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi peminat makanan Thailand, ini resipi baru yang anda boleh cuba dan nikmati seisi keluarga.

Bukan setakat di sana tapi kalau kita makan di restoran berkonsepkan Thai di Malaysia pun laju sahaja memesan hidangan ini.

Resipi simple sahaja dengan menggunakan lima bahan, menu ini antara diminati orang ramai ketika berkunjung ke negara tersebut.

Rupanya senang sahaja nak buat, budak-budak pun suka kalau dapat merasa resipi yang dikongsikan Fatyma Idris di halaman Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Resipi udang belon

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Tepung blue key self raising flour (kotak warna pink)
  • Telur
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.
  2. Campur semua bahan-bahan yang lain. (tepung, telur, garam)
  3. Masukkan air secukupnya. Taknak cair sangat, tak nak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.
  4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.
  5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.

Untuk hasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.

Baca juga: Baru tahu boleh guna ‘air fryer’ nak buat ikan keli goreng, lumur dengan perencah nasi goreng ‘konfem’ padu