Siapa sangka, seorang wanita berjaya mematahkan serangan dari sekumpulan perompak bersenjata dengan hanya menggunakan sebatang penyapu.
Kejadian yang sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) itu bermula apabila empat orang lelaki yang menunggang motosikal bertindak berhenti di hadapan sebuah rumah.
Mereka kemudian menembak pemilik rumah yang sedang berdiri di hadapan kediamannya sehingga menyebabkan mangsa dikenali sebagai Harikishan itu mengalami kecederaan.
Namun seorang wanita tiba-tiba datang daripada arah belakang sambil memegang sebatang penyapu lalu cuba untuk memukul kumpulan penyerang berkenaan.
Tanpa sebarang sebab, empat lelaki yang memegang senjata api tersebut malah gerun melihat wanita terbabit lalu dengan pantas melarikan diri mereka menggunakan motosikal.
Memetik laporan NDTV, kejadian ganjil tersebut berlaku tepatnya pada 27 November lalu di Haryana iaitu sebuah negeri luas yang terletak di bahagian utara Indoa.
Walau bagaimanapun, tinjauan mendapati identiti wanita ‘penyapu’ yang gagah perkasa tersebut tidak didedahkan dan dirahsiakan kepada media tempatan.
Difahamkan, Harikishan dijadikan sasaran oleh lelaki bersenjata tersebut kerana dikatakan pernah terlibat dalam kes pembunuhan seorang ahli kumpulan samseng.
Dalam kejadian yang berlaku pada 7.30 pagi itu, penembak dipercayai telah melepaskan sebanyak sembilan das tembakan dan Harikishan mengalami empat kecederaan diakibatkan peluru.
Kejadian berlaku sekitar jam 7.30 pagi semalam di Dabur Colony di Bhiwani. Kedengaran penembak melepaskan sembilan das tembakan. Harikishan telah mengalami empat kecederaan peluru.
Pegawai polis dikenali sebagai Deepak memaklumkan bahawa mangsa telah dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan dan pihaknya bakal memeriksa rakaman CCTV bagi menjejaki suspek.
Deepak bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada wanita yang dilihat memasuki rumah Harikishan untuk memeriksa keadaannya itu adalah keluarga, jiran atau sekadar orang asing.
Baca juga: Telur ikan pun boleh cecah ribuan ringgit, rupanya daripada ikan ini….