Hanya itu senjata saya, kata Badrulamin pertahan doa laknat kepada Mahathir

Hanya itu senjata saya, kata Badrulamin pertahan doa laknat kepada Mahathir

Dr Badrulamin Bahron mempertahankan doanya mengutuk Tun Dr Mahathir Mohamad ketika penutup perhimpunan Mansuhkan GST semalam dengan berkata, itulah senjata yang beliau ada.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dr Badrulamin Bahron mempertahankan doanya mengutuk Tun Dr Mahathir Mohamad ketika penutup perhimpunan Mansuhkan GST semalam dengan berkata, itulah senjata yang beliau ada.

“Ada orang tidak senang dengan doa saya semalam di Dataran Merdeka kerana kononnya biadab pada Mahathir.

“Sebenarnya begitulah bunyi doa saya sejak awal reformasi sebelum saya disumbat kedalam ISA hingga keluar ISA hinggalah sekarang. Sekadar itulah kemampuan saya menentang kezaliman yang akan saya jawab nanti bila ditanya di mahkamah Allah.

“Saya tidak berani dan tidak mampu menegur secara berdepan dengan orang yang zalim. Saya hanya mampu sekadar berdoa. Itulah senjata saya,” kata Badrulamin dalam satu kenyataannya.

Menurut bekas tahanan ISA di zaman Mahathir itu, beliau tertanya-tanya, kenapa setelah 18 tahun, baru kini doa beliau dikrirtik dan dipertikai oleh teman “seperjuangan”?

“Adakah kerana hari ni kita teruja bila dapat bersama sepentas dan berkongsi mikrofon dengan Mahadir? Apakah itu memadam segala kezaliman yang dia lakukan satu masa dahulu?” soal Badrulamin bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

“Demi Allah, saya tidak dendam dengan Mahathir.

“Saya hanya ingat pesan Nabi agar tidak redho dengan apa jua kezaliman. Nabi juga pesan agar lawan kezaliman setakat yang termampu. Dan itulah kemampuan saya,” katanya.

Badrulamin menyindir pihak yang menegur beliau kerana berdoa sedemikian.

“Kepada yang menegur saya kerana berdoa, anda orang hebat dan berani. Saya kagum. Saya pohon, tegurlah orang yang zalim itu secara berdepan mana tahu teguran anda membuatnya sadar dan segera bertaubat,” katanya.

Antara yang menegur Badrulamin adalah bekas ahli Umno dan Pas, Tamrin Tun Ghafar yang menyifatkan Badrulamin tidak mengamalkan akhlak Islam.

“Dalam konteks Mahadir, tegurlah dia mana tahu terbuka hatinya untuk minta maaf pada Anwar, keluarga dan rakkyat.

“Ingat, GST hanyalah satu dari sekian banyak kezaliman yang bermula dari zaman Mahathir,” kata Badrulamin lagi.

TAGS