Hanya kerana baju Amanah, dia berani

Hanya kerana baju Amanah, dia berani

 

Doktor itu ucapkan selamat maju jaya hingga kerajaan yang bobrok dan rosak ini tumbang.

Pagi tadi semasa saya bawa anak untuk dapatkan rawatan di salah sebuah Klinik Kesihatan Kerajaan dalam daerah Temerloh ini, masa yang lama diambil untuk kami sekeluarga keluar dari bilik rawatan dan apa yang berlaku agak luar biasa.

Saya yang bergegas pulang dari Sungai Besar ke Temerloh membawa anak sulung mendapatkan rawatan setelah beberapa hari batuk, selesema dan demam. Darah yang diambil tidak menunjukkan apa-apa masalah dan doktor mengesyaki anak saya demam virus.

Ditengah-tengah prosedur rawatan diberikan, doktor tersebut bertanya beliau jarang melihat saya datang mendapatkan rawatan. Perbualan itu lanjut hingga beliau bertanya perihal kerja saya. Bila saya maklumkan bahawa saya adalah seorang setiausaha politik sebuah parti, dia memulakan sesuatu yang luar biasa bagi saya.

Beliau yang berasal dari Kelantan menyebut seluruh kerabat keluarganya kini sudah beralih arah mengikuti wadah yang saya antara salah seorang ahlinya. Doktor tersebut juga menyatakan secara jelas dan berani beliau menyokong perjuangan parti yang terus terang disebutnya walau ada seorang doktor lain dan pesakit lain.

Bayangkan konsultansi yang selalu pesakit terima selalunya sekitar 10 hingga 15 minit, tapi saya berkonsultansi dengan doktor tadi hampir 45 minit. Hingga ke kaunter farmasi dia menghantar saya. Dia ucap selamat maju jaya hingga kerajaan yang bobrok dan rosak ini tumbang.

Dalam perjalanan pulang saya berfikir apa yang dikongsikan. Ramai doktor muda bersama Pakatan Harapan terutama parti saya. Bila saya bincang dengan isteri kenapa doktor itu berani sedangkan dia tidak kenal siapa saya, baru saya sedar hari ini saya pakai baju Amanah.

TAGS