Bekerja sebagai penghantar makanan ada banyak risiko namun berbaloi dengan pulangan yang mampu mencecah ribuan ringgit.
Namun perkongsian dari pengguna Twitter, @norazambudin menimbulkan tanda tanya mengenai hasil pendapatan bekerja sebagai penghantar makanan.
“Lain macam abang ni punya flex? Betul ke rider (penghantar makanan) punya income (gaji)?,” soalnya di Twitter.
Rata-rata warganet berpendapat ada kemungkinan tangkap layar duit simpanan penghantar Grab tersebut adalah benar.
Namun ada juga yang kata ia adalah sukar untuk cecah RM100 sehari sebagai penghantar makanan dek kerana terlalu ramai bekerja.
“Ada logik juga sebab kawan Grab ada jumpa seorang abang yang ada simpanan dalam ‘e-wallet’ cecah RM70,000. Tapi orang lupa waktu kerja dia tak menentu.
“Kalau dia simpan tetap RM60 ringgit sehari, kerja tanpa henti selama lima tahun, ada la kot RM100,000.
“Ni pendapatan sehari (RM19.80) berpijak di bumi yang nyata, itu mungkin kat Klang Valey dan kerja awal pagi sampai tengah malam. Kalau kerja separuh masa memang tak dapat.
“Kawan aku empat tahun buat Grab separuh masa. dia tak guna langsung duit buat Grab dan sekarang mampu beli tanah dengan duit tunai,” antara komen netizen.
Baca juga: Lamborghini terbakar rupanya milik Syamsul Yusof, netizen sibuk cari Ira Kazar