Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Hanya lapan jawatan kanan kerajaan negeri diisi orang Semporna, kata Mohd Shafie

Hanya lapan jawatan kanan kerajaan negeri diisi orang Semporna, kata Mohd Shafie

BernamaFebruary 7, 2020 10:52 am




Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Afdal berkata hanya lapan daripada 120 jawatan kanan dalam kerajaan negeri diisi oleh individu dari Semporna, manakala selebihnya dari daerah lain.

Menurut beliau itu hakikat sebenar yang berlaku dalam pengisian jawatan kerajaan negeri ketika ini, bukannya seperti yang ditularkan kononnya semua jawatan kanan yang ada di Sabah dipegang oleh orang dari Semporna.

Shafie berkata sejak memimpin Sabah, beliau telah menambah baik sistem pentadbiran dan hanya individu yang betul-betul berkelayakan diberikan amanah memegang jawatan kanan bukannya dilantik secara rambang.

“Kita di peringkat perkhidmatan awam kita rombak mesti berdasarkan merit yang ada walaupun mereka cerita tular semua jawatan orang Semporna yang pegang, mana ada orang Semporna yang pegang, saya sudah bagi laporan ketika mesyuarat Kabinet.

“Daripada 120 jawatan yang tinggi termasuk jawatan DO (pegawai daerah), SS (Setiausaha Kerajaan Negeri), Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan dan juga pegawai kanan kepada setiausaha tetap, orang Semporna daripada 120, cuma lapan sahaja, satu orang sahaja Setiausaha Tetap, satu sahaja bukan semua dari Semporna,” katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Chap Goh Mei Tahun Baharu Cina di sini, malam tadi.

Kira-kira 10,000 menghadiri majlis yang julung kali diadakan secara besar-besaran di daerah ini.

Mohd Shafie berkata tuduhan kononnya semua jawatan kanan diisi oleh orang Semporna sengaja ditimbulkan oleh Barisan Nasional (BN) bertujuan untuk mencemarkan imej kerajaan negeri pimpinannya.

Pada majlis itu, Mohd Shafie mengumumkan bahawa mulai tahun ini sebanyak 1,800 geran tanah akan diserahkan kepada penduduk daerah Keningau.

Katanya penyerahan geran-geran tanah kepada penduduk turut melibatkan seluruh daerah di kawasan pedalaman seperti Nabawan, Pensiangan dan Tenom.

“Penyerahan geran tanah kepada penduduk ini kerana kita yakin bahawa rakyat kita perlukan tanah untuk mereka (penduduk) mencari nafkah.

“Saya minta jangan jual tanah ini, bangun tanah ini, majukan tanah ini untuk anak-anak tuan-tuan supaya masa depan mereka akan jauh lebih baik,” kata Mohd Shafie.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production