Angin perubahan sedang landa negara, kata calon PH Sungai Panjang

Angin perubahan sedang landa negara, kata calon PH Sungai Panjang

Dengan mood rakyat yang cenderung untuk menyokong perubahan dengan memilih parti yang bertanding bukan setakat calon saja, Naib Pengerusi AMANAH Selangor Mariam Abdul Rashid yakin gelombang rakyat kin memihak kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kali ini.

Calon Pakatan Harapan Sungai Panjang dari AMANAH itu berkata, sikap Pas yang mahu bersendirian juga akan dihukum pengundi.

“Saya melihat perubahan pengundi terhadap BN telah bermula pada PRU12 lagi. Apabila calon BN hanya menang majoriti 5,828 undi diikuti pada PRU13 menyusut 2,183.

“Ini bermakna 3,645 undi pada PRU13 itu sudah beralih kepada Pakatan Rakyat (Pas,PKR, DAP).

“Tetapi dengan adanya Pakatan Harapan (PKR,DAP AMANAH dan Bersatu) saya yakin sekaligus akan dapat mengurangkan undi BN dan Pas kali ini,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Pada PRU12 dan PRU13 berlaku pertandingan dua penjuru di kerusi Sungai Panjang yang ditandingi oleh penyandang dari BN Mohd Khir Toyo dan Datuk Budiman Mohd Zohdi. Manakala dari Pas Mohd Fadzin Taslimin pula dua penggal kalah di kerusi sama.

Pada PRU14 Mariam adalah calon PKR di Sungai Panjang yang akan berentap dengan calon BN Datuk Mohd Imran Tamrin dan calon Pas Mohd Razali Saari.

Dalam pembagian kerusi parti gabungan Pakatan Harapan, AMANAH pada prinsipnya akan meletakkan calonnya di semua kerusi milik Pas di Selangor. Beritkutan tuntutan saat akhir PKR dalam menentukan calon di kerusi Paya Jaras antara calon PKR dan AMANAH apabila penyandangnya Ketua Penerangan Pas Selangor Mohd Khairuddin Othman lompat parti menyertai PKR.

Calon AMANAH di Dun Paya Jaras adalah Mariam sebelum kerusi yang sepatutnya ditandingi AMANAH itu diberikan kepada PKR dan ditukar ke Sungai Panjang.

Ditanya mengenai dua pencabarnya di Sungai Panjang Mariam berkata, mood rakyat hari ini sudah berubah bukan lagi hanya menyokong calon secara individu tetapi majoriti rakyat sudah beralih kepada menyokong parti yang bertanding.

“Saya pemastautin di Paya Jaras, ramai yang melahirkan rasa kecewa mereka kerana saya tak jadi bertanding di Paya Jaras. Namun saya bukanlah calon asing di Sungai Panjang kerana saya pernah menggerakkan jentera parti di sini ketika di dalam Pas.

“Saya bertemu ramai pengundi di Sungai Panjang ada yang kata mereka mahukan perubahan tidak kira sama ada ia calon luar atau tempatan. Ini kerana dua penggal Selangor ditadbir pakatan pembangkang, mereka sudah tahu rekod pencapaian kerajaan negeri.

“Saya yakin tidak sukar untuk menarik hati pengundi hanya memerlukan sedikit ‘sentuhan’ selain penerangan mengenai manifesto Pakatan Harapan dan siri ceramah dalam kempen.

‘Walaupun PKR, DAP, AMANAH dan Bersatu berbeza ideologi, namun kekuatan kita bersama adalah gerak kerja jentera pilihan raya yang padu.Saya juga tidak merasa terasing dalam jentera parti untuk mendekati pengundi. Keadaan ini berbeza ketika bersama Pas dalam Pakatan Rakyat,”ujarnya.

Untuk meraih sokongan 27,590 pengundi bagi memastikan majoriti memihak kepada Pakatan Harapan, gerak kerjanya banyak tertumpu mendekati pengundi muda dan wanita di Sungai Panjang untuk memberikan undi mereka kepada Pakatan Harapan.

Pengerusi Biro Kebajikan dan Kemanusiaan Bencana Alam AMANAH Selangor ini juga adalah satu-satunya calon wanita di bawah P93 Sungai Besar yang mempunyai dua kerusi negeri N03 Sungai Panjang dan N04 Sekinchan.

Sedangkan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Dun Sungai Panjang adalah kubu kuat Umno yang sukar ditembusi parti pembangkang dalam banyak kali pilihan raya.

Apakah kekuatan beliau sehingga AMANAH meletakkan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Angkatan Wanita Nasional (Awan) untuk berentap dengan dua lagi calon lelaki di Sungai Panjang?

“AMANAH meletakkan calon wanita di Sungai Panjang kerana dahulu di bawah Parlimen Sungai Besar BN meletakkan Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon penyandangnya.

“Allahyarham mendapat tempat di hati pengundi walaupun dia wanita, melihat kepada kemunculan calon wanita di Sungai Besar itu ia memberi satu peluang kepada Pakatan Harapan pula untuk letakkan calon wanita di Sungai Panjang.

“Selain itu AMANAH tiada sebab tertentu mengapa memilih calon wanita di Sungai Panjang selain daripada melihat kepimpinan kredibiliti dan kelayakan bakal calon parti yang dianggap sesuai dan kesediaaan calon sendiri,” ujarnya.

Sedikit latar belakang calon tunggal wanita Pakatan Harapan di Parlimen Sungai Besar ini beliau adalah bekas penjawat awam di Kementerian Pertahanan (1991-2004), bekas ahli Pas selama 25 tahun.

Banyak jawatan parti disandangnya ketika di dalam Pas antaranya Naib Ketua Dewan Muslimat Pas selama dua penggal (2005-2011),Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat Pas Selangor dan Pengarah Pilihan Raya Muslimat Pas Negeri Selangor sebelum menyertai AMANAH pada 2015 lalu.

Dalam kegiatan masyarakat beliau juga adalah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ummah Selangor (2010 hingga kini) dan Pengerusi Kebajian Wanita Ehsan Selangor (2012 hingga kini).

 

 

8.3
OVERALL SCORE
: 9.0
3 user votes x 8.0
CATEGORIES
TAGS