Malaysia Dateline

Hanya tinggal dua peratus capai sasaran vaksinasi

Kini hanya tinggal kira-kira 2.2 peratus untuk Malaysia mencapai sasaran 90 peratus vaksinasi populasi dewasa.

Setakat semalam sebanyak 20,603,249 individu atau 88 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi Covid-19.

Mengikut data Kementerian Kesihatan di portal CovidNow, 94.4 peratus atau 22,098,764 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam juga, sebanyak 114,124 atau 3.6 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 221,812 dos suntikan vaksin turut diberi semalam membabitkan 126,433 dos pertama dan 95,379 dos lengkap.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,573, 891 dos.