Hapus sisa kimia Sungai Kim Kim elak cemar udara di Pasir Gudang

Hapus sisa kimia Sungai Kim Kim elak cemar udara di Pasir Gudang
Kerajaan digesa untuk membersihkan dan menghapuskan sisa kimia yang masih berbaki di Sungai Kim Kim dengan kadar segera bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan lain.
Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid berkata, ia berikutan pencemaran udara yang berlaku di Pasir Gudang buat kali kedua didakwa berpunca daripada sisa kimia Sungai Kim Kim yang tidak dilupuskan 100 peratus pada tiga bulan lalu

Che Alias Hamid

Alias berkata, perkara tersebut telah disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejurus kejadian sesak nafas yang berlaku dikawasan sekolah Pasir Gudang tersebut.

“Saya berharap isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin dengan kerjasama semua agensi yang terlibat agar tragedi pencemaran di Sungai Kim Kim akibat sisa kimia yang kritikal tidak berulang lagi.
“Persoalannya, apakah jaminan Kerajaan bagi memastikan pencemaran di Sungai Kim Kim akibat sisa kimia benar-benar dihapuskan 100 peratus?
“Saya menggesa kerajaan memberikan pendedahan awal secara holistik kepada pihak sekolah sekiranya berlaku sebarang bencana sama ada pencemaran air atau udara sebagai langkah kesiapsiagaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Malah katanya, pihak kerajaan juga harus mengambil langkah pencegahan yang efektif sama ada untuk jangka masa pendek mahupun panjang supaya tragedi seperti ini tidak berlaku lagi di negara kita selain penguatkuasaan dan pemantauan yang ketat