Malaysia Dateline

Harakahdaily disekolahkan netizen bila kata PN masih ada majoriti

Portal lidah rasmi Pas, Harakahdaily disekolahkan netizen apabila melaporkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional masih mempunyai majoriti.

Memetik kenyataan Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Politik dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub Harakahdaily melaporkan kerajaan masih mempunyai majoriti sokongan ahli-ahli Parlimen untuk terus mentadbir negara sehingga PRU15.

Bagaimanapun netizen membidas laporan portal itu dengan memberi formula mudah untuk difahami adakah kerajaan PN masih mempunyai majoriti atau tidak.

“Meh aku ajar korang matematik. 114 – 8 = 106. Majoriti mudah 110. Celah mana abah kau ada majoriti?” komen Fairuz Jaffar.

“Nak politik ni kan perlu ada otak, kena bijak sikit faham isu. Bila orang cakap 114-8=106 (Tiada majoriti) dia pergi tanya balik yang 8 tu sokong PH ke tak. Isunya sekarang bukan PH ada majoriti ke tak, tapi sama ada PN ada majoriti ke tak sebab PN yang kerajaan sekarang ni. Sebab kalau PM takde majoriti PM wajib letak jawatan. Itu isu dia sekarang ni. Isu PH ada majoriti ke tak tu pula adalah isu selepas itu. Which is kalau ada seorang MP yang dapat kepercayaan majoriti ahli parlimen bolehlah dia dilantik jadi PM. Kalau takde, akan pergi proses lain sama ada PRU ke, kerajaan campuran ke, PM interim ke etc. Faham? Nak berpolitik tapi bodoh ni susah jugak,” bidas Izzat Yuzihan.

Netizen memberi formula mudah untuk difahami bahawa PN sudah tidak ada majoriti

 

Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan netizen meminta Pas menerima hakikat bahawa kerajaan PN tiada majoriti melainkan bertindak dengan membeli ‘katak-katak’.

“Terima la hakikat wahai Pas…PN dah bungkus, kecuali tiba-tiba korang beli katak-katak…Haram tau…,” komen Mie Komo.

Bahkan ada mencabar kerajaan PN buka parlimen dengan segera bagi membuktikan mereka ada sokongan majoriti.

“Bukalah Parlimen buktikan kenapa mau bertangguh sampai Sept kalau betul-betul ada majoriti.. aduiii budak pun tau baaa bikin malu ni harakahdaily,” kata Ikhwanul Muslimin.

“Panggil sidang parlimen segera, buktikan dengan undi percaya. Tiada siapa boleh nafi dan marah. Lagi senang nakk bekerja pembangkang tak ada isu nak kacau,” kata Muhamad Nurhayat Md Zobir.

Sebelum ini Perikatan Nasional hanya mempunyai 114 Ahli Parlimen yang menyokong bagaimanapun Umno telah mempersembahkan Surat Akuan Ahli-ahli Parlimen mereka pada 30 Julai 2021, bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.

4 Ogos lalu Umno telah mengutus warkah kepada YDPA bagi mempersembahkan Surat Akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu.