Tidak harus ada mana-mana pihak cuba mengeksploitasi isu arak dan judi sebagai mainan politik dan tidak juga perlu mana-mana parti mendakwa inilah perjuangan mereka sedangkan pada hakikatnya ianya tidak pun dilaksanakan.
Menurut ADUN Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris, sejak 2008 sehinggalah habis penggal 2013, operasi penjualan arak dan judi di bawah pentadbiran Allahyarham Ustaz Azizan Razak masih lagi kekal.
Ketika itu, Menteri Besar Kedah yang sekarang merupakan setiausaha politik Allahyarham.
“Sebetulnya lesen arak dan judi adalah di bawah bidang kuasa kementerian kewangan. Manakala kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya mempunyai kuasa ke atas premis
“Jika benar Pas ingin mengharamkan judi dan arak, kenapa ianya tidak dilaksanakan percaturan dakwah tersebut di peringkat pusat, sedangkan Pas juga mempunyai menteri yang memegang portfolio agama.
“Adakah sidang DUN kali ini hanya semata-mata ingin menunjukkan juara dengan memainkan sentimen agama, sedangkan isu arak jenama ‘Timah’ pun mereka gagal untuk mengharamkannya termasuklah jumlah cabutan judi dari lapan kali meningkat kepada 22 kali ketika ini, ” soal beliau ketika sidang DUN negeri Kedah.
Malah kata beliau, mampukah Pas mengharamkan sebarang penjualan minuman keras di kedai serbaguna sedangkan menteri dari Pas mengumumkan bahawa jenama Timah dikekalkan.
Sejajar dengan itu ujarnya, untuk mempercayai Pas akan menutup kedai arak dan judi di Malaysia maka ia samalah seperti mempercayai cakap-cakap kosong bahawa mereka mampu membelah sungai dari Kedah daripada mengalir ke Pulau Pinang.