Malaysia Dateline

Harap berlaku perkembangan baik SOP solat Jumaat menjelang PKPB berakhir

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak mengharapkan perkembangan baik bagi umat Islam agar Standard Operating Procedure (SOP) bagi solat Jumaat menjelang berakhir Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum pada 9 Jun 2020 ini.

Naib Pengerusi AMANAH Perak, Dr Muhaimin Sulam berkata, sebelum ini SOP bagi solat Jumaat terhad kepada 12 orang sahaja yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) walaupun dilihat tiada penyelarasan mengikut negeri yang menguatkuasakannya berdasarkan jumlahnya.

“Bagi AMANAH Perak, keluasan masjid perlu diambil kira selain diketagorikan kawasan ‘Hijau’ oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar penambahan bilangan yang boleh menunaikan solat Jumaat dapat ditingkatkan.

“Berdasarkan perkembangan luar negara juga dilihat sudah dibolehkan menunaikan solat Jumaat dengan SOP yang ketat dan MKN perlu mengkaji pendekatan ini kerana kita telah melalui lebih sebelas kali kebatasan solat Jumaat dalam negara kita,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau, AMANAH Perak yakin dengan SOP yang ketat sepertimana pasaraya-pasaraya yang dibuka sebelum ini.

Katanya, aalah harapkan agar masjid-masjid juga mendapat khabar gembira buat umat jika peningkatan jumlah bilangan yang boleh menunaikan solat Jumaat ditambah sebelum penambahan SOP jika sudah dibolehkan menunaikan solat Jumaat sepenuhnya selepas ini.