Malaysia Dateline

Harap sangat jangan guna duit raya anak bayar saman, warganet kecam ibu muat naik video anak memandu di TikTok

“Harap sangat jangan gunakan duit raya anak untuk bayar saman.”

Itu antara sindiran warganet sebagai reaksi susulan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang memandu kereta disiasat polis.

Klip video yang tular di TikTok itu mulai disebarkan ibu kanak-kanak itu melalui akaun ibunya, [email protected] 1.

Tidak kurang juga kecaman netizen yang mengaitkan dengan kemudahan pengeluaran khas oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Saja nak perabih baki duit KWSP,” tulis Izhwan Zubir.

Sementara itu, Jai Omar berkata, “Content punya pasal, satu keluarga ke balai.”

Hari ini, pasangan suami isteri bersama tiga anaknya tampil menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian jam 10 pagi tadi untuk membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 manakala ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak di bawah umur memandu kenderaan boleh didakwa mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pemilik kenderaan berkenaan juga boleh disaman mengikut Seksyen 39 (5) APJ 1987.

Menurutnya, siasatan dijalankan berdasarkan video tular di Facebook kelmarin yang memaparkan kanak-kanak lelaki memandu kereta Perodua Kancil dengan dua kanak-kanak lain duduk di bahagian hadapan kenderaan itu.

“Kejadian itu berlaku 7 pagi Selasa lalu (kelmarin) di pekan Nanas di sini, ketika mereka bersiap ke sekolah.

“Ibu kepada tiga kanak-kanak berkenaan mengakui [email protected] 1 yang memaparkan video itu adalah akaun miliknya,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Baca Kereta dilanggar belakang ketika Hari Raya ‘mengejut’, jangan maki hamun, ikuti 14 tips apa patut dibuat