Pakatan Harapan benarkan PKR guna logo sendiri di Sg Kandis

Pakatan Harapan benarkan PKR guna logo sendiri di Sg Kandis

Pakatan Harapan (HARAPAN) memutuskan akan menggunakan logo PKR pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN berdasarkan kekuatan PKR di kawasan itu yang menang tiga penggal berturut-turut.

“HARAPAN telah memilih PKR mewakili HARAPAN sebagaimana tradisinya dan menggunakan logo PKR dalam PRK Sungai Kandis.

“Apa yang saya boleh faham logo PKR sangat dikenali di sana dan telah tiga penggal berturut-turut kita menang di sana untuk negeri Selangor kerana logo PKR agak ‘established’,”katanya dipetik Malaysiakini.

Amirudin berkata demikian ketika ditanya berkaitan logo yang akan digunakan pada PRK akan datang.

Dalam pada itu, di dalam PRK itu juga Umno buat pertama kali mungkin akan menggunakan lambang sendiri, berbanding BN.

Perkara itu diputuskan Umno Selangor selepas Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan dilapor mencadangkan supaya parti Melayu itu bertanding atas nama sendiri bagi melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap Umno dalam senario politik semasa.

Pada 18 Mei lalu, ROS mengumumkan kelulusan pendaftaran HARAPAN.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian manakala hari penamaan calon pada 21 Julai ini.

5.5
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 1.0