Malaysia Dateline

Harapan cadang lantik 2 TPM, seorang Semenanjung, satu lagi dari Borneo

Pakatan Harapan bercadang untuk melantik dua timbalan perdana menteri, seorang dari Semenanjung dan seorang lagi dari Borneo jika menang dalam pilihan raya umum kali ini.

Pengerusi Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika ditanya wartawan berhubung dengan cadangan Barisan Nasional (BN) mahu melantik tiga TPM jika menang dalam pilihan raya kali ini.

“Memang ada cadangan untuk kita melantik dua Timbalan Perdana Menteri jika kita menang, satu dari Semenanjung dan satu lagi dari Sabah dan Sarawak,” kata Anwar kepada pemberita.

Sebelum ini, Anwar dicalonkan sebagai bakal perdana menteri jika Harapan menang dalam PRU – 15 ini.

Cadangan itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifudin Nasution Ismail semasa Konvensyen Pakatan Harapan di Ipoh 20 Oktober lepas.

Ketika mengulas keputusan itu, Anwar berkata, antara perkara pertama yang beliau akan buat adalah mengurang jumlah menteri kabinet dan memotong gaji dan elaun sebagai perdana menteri.