Malaysia Dateline

Harapan kepada kerajaan baharu, PM bukan dengan retorik politik

Akhbar luar negara sejak seminggu lalu memberikan persepsi amat buruk terhadap Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Mohd Yassin dan kerajaan. Sekaligun memberikankan impak negatif kepada negara dalam hal-ehwal perdagangan dan ekonomi antarabangsa.

Associated Press memberikan tajuk berita “Malaysian PM refuses to resign, delays vote by a month”, dan terdahulu Reuters melaporkan “Malaysian premier faces calls to resign after palace rebuke”. The Canberra Times pula memaparkan tajuk, “Malaysia PM Muhyiddin defies calls to quit”. Jika diamati kandungan berita dan rencana mengenai Malaysia adalah berkaitan dengan legitimasi kerajaan, pemandulan institusi parlimen, memperlekeh institusi Yang di-Pertuan Agong dan pencemaran terhadap undang-udang dan perlembagaan.

Ini sudah pasti akan memberikan impak yang amat negatif terhadap negara terutamanya dalam usaha untuk mememerangi pandemik COVID-19 dan proses pemulihan negara. Berita-berita ini meletakkan negara dibawah mikroskop pelabur asing untuk melabor di Malaysia dan sekaligus memudharatkan perkembangan ekonomi, peluang pekerjaan dan perdagangan antarabangsa.

Siapa sahaja yang akan menjadi kerajaan selepas akan menghadapi cabaran yang sangat hebat dan sukar untuk memulihkan negara bukan sahaja dari pandemik COVID-19 tetapi untuk semula negara dipersada ekonomi, perdagangan dan peruncitan antarabangsa. Cabaran ini tidak boleh dipikul oleh sebarang pimpinan dan pasukannya tetapi ia memerlukan pasukan kepimpinan yang memahami lanskap semasa dunia hari ini dan bagaimana untuk meluncur kehadapan bagi mengembalikan nama Harimau Asia yang dihormati.

Cabaran besar awalan adalah untuk proses pemulihan negara daripada pandemik dengan menyediakan semula pelan pemulihan yang lebih komprehensif dan mantap. Pelan ini mestilah berasaskan sains data (data science) yang berpaksikan kepada data raya (big data), penganalisaan menggunakan kecerdikana buatan (artificial intelligent) dan meningkatkan polisi diagnostik ketahap tertinggi, di mana polisi ini yang sangat lemah dibawah kerajaan PN. Manakala konsep ‘seluruh pemerintahan’ dan ‘seluruh masyarakat’ yang disebut-sebut oleh Kerajaan PN, tidak boleh dianggap sebagai retorik semata-mata tetapi harus diterapkan dalam pendekatannya secara praktikal.

Seorang yang benar-benar memahami isu pandemik ini dari sudut kesihatan awam, penganalisaan data, proses vaksinasi, polisi pentadbiran kesihatan perlu diketengahkan sebagai jurucakap utama selain sebagai seorang menteri yang efektif dan inovatif. Kerajaan harus memandang serious perkara ini dan menteri bukan setakat muncul pada jam 5 petang untuk membuat pengumuman jumlah yang dijangkiti, yang meninggal dunia dan keluar-masuk hospital semata. Menteri mestilah dalam kalangan yang mepunyai ‘command’ dan tegas dalam menyediakan serta melaksanakan polisi.

Cabaran awalan bagi kerajaan pasca kepimpinan TSMY amat penting (crucial) dan ia mesti berjaya dalam tempoh yang singkat, berkesan dan jangka-panjang. Pasukan baharu wajib terdiri dari mereka yang kompeten, berkeboleharapan (reliable) dan boleh dipercayai (credible). Ingatlah bahawa pasukan PM TSMY yang turut dianggotai oleh Umno adalah pasukan gagal. Jika dengan hanya menurunkan YAB PM sahaja hajat besarnya dan kemudian hendak berkuasa, lupakanlah mereka.

Cabaran kedua adalah mengenai ekonomi negara. Ini termasuk sektor perdagangan dalam dan luar negara, peruncitan, peluang pekerjaan baharu, membangunkan pakej rangsangan yang kukuh, membina sektor pertanian, hub makanan dan insustri asas tani, pelancongan dan budaya, menstrategikan sektor perladangan dan komoditi dan mengangkat Malaysia sebagai pemangkin sains dan teknologi.

Ini memerlukan seorang Perdana Menteri yang berwawasan bukan hanya dengan retorik politik! Pasukannya wajib terdiri dari mereka yang mempunyai ‘otak pintar’ (intelligent brain), bukan setakat bercakap pasal kereta terbang atau yang hanya bergambar memegang penyapu di masjidil haram yang telah memiliki petugas yang dedikasi.

Negera perlukan kepimpinan dalam kerajaan yang berfungsi bukan duta-duta yang bergaji puluhan ribu tanpa ada tugas khas dan impak kepada negara melainkan hanya berkemampuan menganugerahkan “pingat kera dan tupai” kepada yang memberikan idea kritis kepada kerajaan. Kerajaan juga memerlukan penasihat yang boleh menasihat dengan profesional dan tanpa rasa takut dan pilih kasih. Kerajaan tidak memerlukan penasihat yang cetek akal, gemar berpoya-poya dan menipu kelulusan.

Cabaran mendatang ini amat getir, hebat dan sangat mencabar. Persoalannya adakah kita rela dan redha hanya PM TSMY sahaja yang berundur, namun diganti oleh mereka yang juga sebahagian dari pasukan gagal yang pernah diketuai oleh TSMY (recycle incompetence ministers). Apakah sebahagian MP Umno yang telah berusaha keras menekan TSMY supaya berundur dan mematuhi Presiden dan MT Umno mangambil sikap ‘bagai kacang lupakan kulit’ terhadap kerbersamaan rakan-rakan pembangkang yang telah berhempas-pulas, menyenggang mata menyediakan data serta fakta dan bertikam lidah berbahas isi berkaitan pandemik dan kelemahan kerajaan PN.

Adakah Umno hanya mahu menangguk di air keruh dan menjadi bak katak hendak menjadi lembu? Sesungguhnya satu pasukan yang kuat perlu bagi kerajaan baharu ini, jangan berfikir siapa di atas dan siapa di bawah. Kepimpinan itu sifatnya Quwwah dan Amanah. Negara dan rakyat perlukan pasukan kepimpinan yang kuat, berdaya-maju, berprinsip dan berwawasan. Manakala pasukan yang gagal telah terbukti kegagalannya. Kita mahu dunia mengangkat kembali Malaysia dan melangkah sebagai negara yang maju dan berjaya!

Penulis merupakan Felo Akademi Sains Islam yang berpengkalan di Jordan. Penulisan ini merupakan pandangan penulisan dan tidak menggambarkan pendirian akademi.