Harapan tinggi buat Malaysia di persidangan ASEAN Ke-33

Harapan tinggi buat Malaysia di persidangan ASEAN Ke-33
Tun Dr Mahathir kini menjadi perhatian dalam sidang kemuncak ASEAN ke 33.

Negara-negara serantau ASEAN menaruh harapan tinggi kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri.

Dari 11 hingga 15 November ini, ASEAN akan bersidang di Singapura bagi acara Persidangan Kemuncak ASEAN Ke-33 dengan tema “Resilient and Innovative”.

Menurut beliau, ramai pihak telah menyatakan harapan mereka melalui perbincangan informal, terutamanya apabila Dr Mahathir akan ke pentas ASEAN selepas 15 bertahun bersara daripada pimpinan negara.

Dr Mahathir juga dijangka akan menyentuh beberapa isu-isu serantau, seperti solidariti ASEAN, perdagangan dan keselamatan.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Dr Mahathir ke Singapura selepas menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua.

Pimpinan ASEAN juga dijangka akan berbincang tentang status semasa bagi Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP), selain menerima ASEAN Smart Cities Framework, dalam usaha melestarikan kedudukan ASEAN.

Sidang kemuncak ini turut akan dihadiri oleh pimpinan dari China, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Australia dan India, antara lain, bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkaitan di persidangan kemuncak ASEAN ini.