Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
“Harapkan perompak, umpama harap jebon dan musang jaga reban ayam”

“Harapkan perompak, umpama harap jebon dan musang jaga reban ayam”

Oleh AKMAL MANAF & SITI NUR ZAWANI Foto WAN ZAHARI WAN SALLEHMarch 8, 2020 7:01 am




“Kalau saya harap kepada perompak, macam saya harap kepada jebon dengan musang lah untuk menjaga reban ayam.”

Itu perumpamaan yang diberikan Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar terhadap Perikatan Nasional, kerajaan yang dilabel sebagai kerajaan pintu belakang.

Katanya, para wartawan juga pernah mengajukan soalan tentang harapan beliau terhadap kerajaan baharu di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun sebenarnya tiada apa pun yang diharapkan.

“Eh nak berharap kepada pengkhianat? Takkan saya nak berharap kepada penyangak? Takkan saya nak berharap kepada perompak?

“Kalau saya harap kepada perompak, macam saya harap kepada ‘jebon’ dan ‘musang’ lah untuk menjaga reban ayam.

“Panggil dan bela jebon serta musang untuk jaga reban ayam sebab orang kata ayam banyak kena curi di ladang ayam.

Sebahagian orang ramai yang hadir pada program Jelajah Harapan yang diadakan di Tapak Rakan Muda, Andalas, Klang malam tadi.

“Jadi, mengharap kepada jebon dan musang iaitu perompak dan penyangak yang ada dalam negara kita yang sedang bertakhta, berkuasa dalam negara kita ini, ibarat macam saya katakan tadilah, kita menyerahkan segala khazanah, kekayaaan negara kita untuk sekali lagi dirompak oleh golongan ini,” sindir beliau di hadapan penyokong Pakatan Harapan (PH) malam tadi.

Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu menyindir kerajaan pintu belakang menerusi ucapannya yang penuh bertenaga sempena program Jelajah Harapan yang diadakan di Tapak Rakan Muda, Andalas, Klang.

Turut hadir, Presiden AMANAH yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu; Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Dalam ucapannya, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menyeru para penyokong supaya terus melayari bahtera perjuangan walaupun tanpa kuasa politik.

“Walaupun kita tanpa kuasa politik di peringkat Persekutuan dan tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam kerajaan yang ada pada hari ini, marilah kita terus melayari bahtera perjuangan kita ini!

“Pasti, insyaAllah Allah akan memberikan kejayaan kepada kita, sama ada dalam tempoh terdekat atau pun dalam tempoh yang panjang untuk kita kembali atas nama mandat rakyat.

“Bukan untuk kami kembali bertakhta di Putrajaya. Kami tidak ada (di Putrajaya) pun tidak apa, tetapi mandat rakyat itu harus dikembalikan di Putrajaya, insyaAllah,” katanya lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Covid-19: Lagi 3,306 kes baharu, 38,791 kes aktif

Isu kartel daging: SPRM tahan reman 8 suspek, panggil 27 saksi

Muhyiddin anggap impak PKP terhadap ekonomi masih terkawal

Covid-19 hampir setahun tapi Menteri Pendidikan masih buat kenyataan saat akhir

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production