Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Harga buku mahal, kata A Samad Said

Harga buku mahal, kata A Samad Said

MALAYSIADATELINEJuly 3, 2019 7:00 am




Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said berkata elaun penghargaan sebanyak RM5,000 yang diberikan kerajaan dapat membantu meringankan beban penggiat seni.

Katanya, bantuan itu boleh digunakan para sasterawan untuk membeli bahan bacaan dan terus menyuburkan sumbangan mereka kepada negara.

“Tentunya itu berguna bagi saya. Setidak-tidaknya sebahagiannya (duit) saya boleh guna untuk membeli buku. Buku mahal sekarang dan sebahagian lagi untuk gerakan saya,” katanya pada Majlis Terbuka Meraikan Penggiat Seni dan Sastera  pada Selasa seperti dipetik Astroawani.

Terdahulu sebelum ini, kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM5,000 sebulan kepada Kementerian Pendidikan bagi pembiayaan elaun penghargaan secara bulanan kepada 7 Sasterawan Negara.

Mereka ialah Datuk Seri Dr A. Samad Said; Profesor Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh; Datuk Noordin Hassan; Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan; Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah; Datuk Dr Baharuddin Zainal; dan Datuk Dr Zurinah Hassan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata bayaran bulanan RM5,000 akan dibayar mulai Jun 2019 dan akan diteruskan pada tahun seterusnya.

Ditanya mengenai tanggapan segelintir pihak yang menyifatkan pembayaran elaun tersebut sebagai satu pembaziran, beliau berkata, ia terpulang kepada individu tersebut untuk menilai amaun itu.

“Bagi mereka yang mempunyai wang, jumlah itu adalah kecil, (dan yang kurang berkemampuan), duit seperti besar. Apa paling penting adalah ingatan bahawasanya keselesaan yang diberikan demi orang yang mencipta seni,” ujarnya.

Justeru itu, beliau melahirkan ucapan terima kasih terhadap inisiaitif tersebut dan berharap usaha demikian boleh diteruskan pada masa hadapan dalam usaha membela nasib penggiat seni.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production