Malaysia Dateline

Harga mahal tak semestinya selamat, pakar kesihatan dedah cara nak kesan ‘produk sampah’

Pakar kesihatan menegur sikap sesetengah peniaga yang suka membuat claim berlebihan (overclaim) terhadap produk mereka dengan dakwaan boleh menyembuhkan penyakit dan merawat penyakit-penyakit tertentu.

Pakar kesihatan keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, teknik promosi mereka juga amat menjelekkan kerana menipu para pembeli yang sudah pun terdesak di dalam kemelut penyakit yang mereka alami sejak sekian lama.

Bahkan beliau menegur sikap peniaga yang cuba memanipulasi gambar doktor-doktor kesihatan untuk mempromosi produk ‘kesihatan’ mereka.

Di sini kami kongsikan 7 cara untuk orang ramai kesan produk sampah di pasaran seperti yang dikongsikan Dr Suhazeli.

Guna gambar menteri, DG ataupun gambar doktor yang tersohor

Selepas tu edit gambar tersebut letak promosi produk mereka. Seolah-olah Kementerian Kesihatan atau tokoh-tokoh tertentu itu endorse/ approve produk yang mereka jual.

Memakai pakaian ala-ala ahli perubatan seperti letak steteskop di bahu

Ataupun pakai baju makmal putih untuk menyakinkan pembeli bahawa mereka itu berautoriti untuk bercakap mengenai penyakit dan kaedah rawatan. Pada hal sijil jurujual itu entah ke mana?

Harga jualan mahal betul!

Ini adalah salah satu daripada konsep pemasaran supaya dilihat produk mereka adalah satu produk yang berjenama (branded). Padahal harga sebenar tak sampai pun RM10. Beli buah dan kisar sendiri kat rumah pun boleh.

Kaedah ini dalam ilmu psikologi, para pembeli akan mudah terpengaruh dengan harga yang mahal, dicampur dengan testimoni dan sedikit kempen daripada penjual. Pesakit akan membelinya dengan penuh pengharapan.

Isi kandungan (content writing) yang mereka paparkan pun banyak tersilap fakta

Namun kesian bagi masyarakat umum yang tidak ada asas dalam perubatan, percaya bulat-bulat semua fakta salah mereka itu. Bagi kami sebagai ahli perubatan ini memang tahu bahawa fakta atau maklumat itu tidak betul.

Dimasukkan juga promosi berunsur keagamaan kerana majoriti pembeli adalah orang Melayu Islam

Majoriti pembeli Melayu Islam mudah terpengaruh dengan ubat-ubatan yang dipanggil Sunnah. Padahal ia bukan pun sunnah dan boleh memudaratkan para pembeli. Sepatutnya jus atau produk berkenaan perlu dinilai kembali siapa si peminumnya. Jika pesakit kencing manis sudah tentu jus itu terlalu tinggi kandungan gula yang boleh menyebabkan kencing manis tidak terkawal.

Dimasukkan testimoni yang tulus mulus daripada pembeli

Mungkin mereka jual agen jualan yang juga ingin melariskan jualan. Ataupun mungkin testimoni yang direka-reka. Semuanya memberangsangkan! Sebaliknya, testimoni yang negatif dan mempunyai masalah tidak pula dipaparkan.

Lebih membahayakan, produk mereka mengandungi bahan-bahan terlarang

Contohnya ubat terkawal Sibutramin dalam ubat kurus; steroid dalam jus ajaib; Sildenafil dalam ubat gagah perkasa untuk kaum lelaki. Sedangkan ubatan terkawal tersebut, doktor sendiri pun berhati-hati dalam memberikan kepada pesakit. Pemberian ubatan itu hanya diberi mengikut indikasi yang khusus dan dos yang tepat, bukannya pakai taram dimasukkan di dalam jus atau produk sampah.

Baca juga: Banner ‘Peja Jgn Sap Gam!!!’ di stadium malam tadi tular

Baca juga: Patung pocong jadi pilihan walaupun harga cecah RM140