Malaysia Dateline

Harga minuman di restoran mahal, netizen kongsi tips dapat tiga gelas air buah dengan satu harga

Mesti anda ada masa mengeluh melihat harga minuman di restoran agak mahal malah ada yang tidak masuk akal. Lebih mengecewakan apabila minuman jus buah yang dipesan, lebih banyak ais daripada jusnya.

Rupa-rupanya ada banyak tips untuk tidak ‘terperangkap’ hingga terpaksa membayar mahal bagi segelas minuman yang tidak berbaloi dengan ringgit yang dikeluarkan.

Antaranya, pengguna Facebook bernama Ibu Zarah yang berkongsikan cara untuk lebih berjimat walaupun mungkin menerima reaksi tidak menyenangkan daripada peniaga.

“Kami pesan satu gelas air buah tapi tak nak ais. Lepas tu minta satu gelas kosong dengan satu gelas air batu.

“Tuang air buah dalam dua lagi gelas, maka dapat tiga gelas air buah dengan satu harga. Menjeling peniaga tengok perangai kami. Ada kami kisah?” katanya.

LANJUT MENYUSUL