Malaysia Dateline

Harga minyak melambung lebih 40 peratus, pembeli minyak 1 kg paling rugi

Hari ini tidak keterlaluan dianggap paling menekan rakyat Malaysia apabila menyaksikan kenaikan mendadak harga barangan termasuk minyak masak.

Aktivis Fadzlan Rizan Johani berkata, mengikut kiraannya harga minyak sawit melambung lebih dari 40 peratus.

Beliau turut menjangkakan harga makanan bakal meningkat kesan rantaian daripada kenaikan harga minyak masak.

“Harga meningkat lebih dari 40 peratus. Yang beli minyak satu kilo tetap yang paling rugi.

“Tengoklah nanti kesan harga makanan. Mungkin ini cara nak bagi kita kurangkan makan dan kuruskan badan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Fadzlan menyertakan senarai harga minyak masak di Semenanjung Malaysia bagi empat jenama iaitu Alif, Buruh, Saji, Seri Murni dan Vesawit mengikut berat daripada 1 kg, 2 kg, 3 kg dan 5 kg.

Keempat-empat jenama minyak masak itu mengalami kenaikan mendadak sebanyak 38.06 hingga 44.12 peratus.