Malaysia Dateline

Harga minyak naik 4 sen, RON95 RM2.00 seliter

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 naik sebanyak 4 sen seliter bagi tempoh 20 sehingga 26 Februari 2021 manakala harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Ini menjadikan harga RON97 adalah RM2.30 seliter dan RON95 RM2.00 seliter.

Minggu lepas RON97 dan RON95 masing-masing dengan harga RM2.26 dan RM1.96 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, penetapan harga runcit produk petroleun secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuai bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan.