Malaysia Dateline

Harga minyak RON95, RON97 naik lagi

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik lagi sebanyak 4 sen berbanding minggu lepas sebanyak 2 sen bermula tengah malam ini sehingga 8 Januari depan.

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik empat sen kepada RM1.84 seliter dan RM2.14 seliter

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga bagi kedua-dua bahan bakar itu sebelum ini RM1.80 sen dan RM2.10.

Manakala diesel pula naik tiga sen seliter kepada harga RM2.01 berbanding RM1.98.

Katanya, harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.